Beri kami peluang kedua…

Beri kami peluang kedua…

Sesungguhnya keinsafan itu adalah milik semua insan. Berubahlah selagi kita mampu...

AYER KEROH 10 Julai – “Bila dapat kerja rasa bersyukur sangat-sangat kerana saya diberi peluang bagi mendapatkan pekerjaan,” luah seorang banduan dikenali sebagai Jidin, 24, ketika ditemui pemberita, petang semalam.

Jidin yang telah hampir tiga minggu bekerja sebagai operator pengeluaran merupakan antara 10 banduan terpilih bagi bekerja di sebuah industri di Oriental Food Industries Sdn. Bhd.

Katanya yang menerima hukuman 7 tahun penjara di atas kesalahan rogol mahu mencari peluang kedua dan memperbaiki kesilapan yang lalu.

“Saya rasa sangat terharu apabila dipilih bekerja di sini dan diberi peluang kedua bagi bergaul bersama masyarakat.

“Sebelum ini duduk di sebalik tirai besi telah banyak mengajari saya bagi menjadi seorang yang berguna.

“Saya cukup tertekan apabila berada di sana dan menginsafi segala kesilapan lalu dan amat berharap agar masyarakat di luar sana mampu menerima kami sebagai bekas banduan,” katanya yang berasal dari Muar, Johor itu.

Sementara itu, seorang lagi banduan yang disabit diatas kesalahan sama dikenali sebagai Azli berkata, perjalanan dalam meniti kehidupan dipenjara sejak lima tahun lalu telah banyak memberi suntikan kepadanya bagi menjadi manusia berguna.

Katanya, lebihan hampir setahun lebih itu akan dimanfaatkan bagi menjana pendapatan dengan pekerjaan diberikan oleh syarikat itu.

Menurutnya, persepsi masyarakat perlu diubah dan peluang kedua perlu diberikan khususnya kepada banduan sepertinya.

“Saya akan cuba menjadi pekerja yang beretika malah saya memang minat mencuba dan cuba mempelajari sesuatu yang terbaik

“Banyak pengajaran yang dipelajari sepanjang hukuman saya, ada juga benda baik yang dibelajar di sana dan saya cuba jadi yang terbaik demi mencuci nama di atas kekhilafan yang lalu,” katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS