‘Belon Udara Panas’ bakal terbang di Melaka

BANDARAYA MELAKA 21 April – Perkhidmatan Belon Udara Panas bakal ditawarkan secara komersial di Melaka tidak lama lagi selepas syarikat Myballoon Adventure Sdn Bhd (MBA) berminat untuk menawarkan perkhidmatan tersebut di negeri Hang Tuah ini.

Ia dijangka akan menarik lebih ramai pelancong untuk menikmati perkhidmatan Belon Panas Udara.

Perkhidmatan penerbangan belon udara panas ini boleh menjadi tarikan yang baru di mana para pelancong berpeluang untuk menikmati pemandangan negeri Melaka dari udara.

Kerajaan Negeri Melaka menerusi Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) menyokong program tersebut dan berharap ianya dapat membantu Kerajaan Negeri mencapai sasaran 20 juta orang pelancong ke Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2019 (TMM19).

Hari ini, MBA membuat penerbangan percubaan (test flight) bagi menentukan kesesuaian kawasan perkhidmatan belon udara panas demi keselamatan penumpang-penumpang.

Bermula dari Stadium Hang Jebat dan berdasarkan arah angin jam 7.00 pagi, belon ini dijangka akan terbang ke arah Klebang yang terdapat banyak kawasan lapang untuk belon mendarat dengan selamat.

Walaubagaimanapun, pihak MBA masih memerlukan beberapa percubaan (test flight) lagi sebelum bersedia untuk melancarkan produk tarikan pelancongan ini dalam waktu terdekat kepada orang ramai khasnya untuk rakyat Melaka.

Dalam hubungan ini, Kerajaan Negeri Melaka dan pihak syarikat amat menitikberatkan keselamatan para penumpang yang bakal menggunakan perkhidmatan ini kelak.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago