Categories: Ketua MenteriMELAKA

BELANJAWAN MELAKA 2020 – Pengurusan kewangan berintegriti beri hasil positif

AYER KEROH 18 Nov. – Hasil daripada pengurusan kewangan yang menitikberatkan integriti dan akauntabiliti selepas setahun Kerajaan Pakatan Harapan memerintah Melaka telah menunjukkan perkembangan yang sangat positif berdasarkan laporan audit terkini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata kesemua tindakan positif yang telah dilaksana oleh kerajaan negeri dibuktikan melalui Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2018.

Beliau berkata penyata kewangan itu menunjukkan terdapat pengurangan amaun defisit bagi Akaun Hasil Disatukan berbanding tahun 2017 iaitu sebanyak 8.95 juta
ringgit (RM8.95 juta).

“Jumlah defisit Akaun Hasil Disatukan bagi tahun 2018 adalah sebanyak RM13.86 juta berbanding RM22.81 juta pada tahun 2017.

“Defisit terkumpul dalam Akaun Hasil Disatukan adalah sebanyak RM91.38 juta,” katanya ketika membentangkan Bajet 2020 Negeri Melaka di sini hari ini.

Beliau berkata jumlah terimaan sebenar kerajaan negeri bagi tahun 2018 juga meningkat sebanyak 9.44 peratus atau RM31.67 juta, iaitu berjumlah RM367 juta pada tahun 2018 berbanding RM335.33 juta pada tahun 2017.

Selain itu katanya terdapat pengurangan perbelanjaan mengurus sebanyak RM5.29 juta atau 1.5 peratus pada tahun 2018 iaitu berjumlah RM347.86 juta berbanding RM353.15 juta pada tahun 2017.

Adly berkata dengan langkah-langkah kawalan yang dilaksanakan itu, kerajaan negeri mampu memindahkan RM33 juta daripada Akaun Hasil Disatukan kepada Akaun Kumpulan
Wang Pembangunan bagi mengawal defisit dalam Akaun Kumpulan Wang Pembangunan.

Beliau berkata jumlah defisit terkumpul dalam akaun itu adalah sebanyak RM531.32 juta berbanding RM529.30 juta pada tahun 2017 iaitu peningkatan hanya sebanyak 0.38 peratus atau RM2.02 juta.

“Jumlah Defisit Akaun Pembangunan ini walaupun meningkat, ia menunjukkan trend yang lebih baik berbanding purata kenaikan Defisit Akaun Pembangunan sebanyak RM33.87 juta setahun untuk tempoh 2014-2018,” katanya.

Adly berkata pada masa yang sama kerajaan negeri telah meningkatkan peruntukan pembangunan daripada RM60 juta kepada RM65 juta pada tahun 2018.

Secara tidak langsung katanya kerajaan negeri berjaya mengawal defisit terkumpul daripada terus meningkat tinggi.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago