Categories: Ketua MenteriMELAKA

Melaka berjaya kurangkan hutang kepada Kerajaan Persekutuan

AYER KEROH 18 Nov. – Kerajaan Negeri Melaka berjaya mengurangkan hutang awam kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun ini sebanyak RM10 juta daripada RM822.14 juta.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata pengurangan itu diperolehi melalui permohonan hapus kira bagi projek pembinaan Loji Air Lancang Fasa Kedua.

Selain itu katanya sehingga Oktober 2019, kerajaan negeri telah berjaya membayar hutang kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM9.70 juta bagi pelbagai projek termasuk bekalan air dan projek Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka.

“Kerajaan negeri juga sedang giat berusaha untuk mendapatkan pertimbangan Kementerian Kewangan berhubung langkah penyelesaian untuk mengurangkan jumlah pinjaman
daripada Kerajaan Persekutuan.

“Antaranya termasuk permohonan hapus kira pinjaman bayaran pampasan pengambilan balik tanah untuk projek pembinaan Tapak Kompleks Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Negeri Melaka berjumlah RM19 juta selain permohonan pertimbangan pertukaran pinjaman kepada geran bagi membangunkan kemudahan SUKMA ke-13 pada tahun 2010 berjumlah RM242.76 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Melaka 2020 di sini hari ini.

Adly berkata kerajaan negeri akan mengguna pakai kaedah penyelesaian hutang secara NBOS Financial iaitu menyerahkan aset kerajaan negeri untuk menyelesaikan hutang sehingga satu tempoh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Kerajaan negeri juga katanya akan menjadual dan menstruktur semula bayaran balik hutang awam agensi-agensi negeri kepada Kerajaan Persekutuan.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago