Categories: MELAKANASIONALRENCANA

BELANJAWAN 2020: Sektor Pertanian antara yang dapat perhatian

BARU-BARU ini belanjawan 2020 telah dibentangkan, dan apa manfaat yang dibentangkan bagi memajukan Pertanian? Di bawah ini antara intipati yang dibentangkan semasa belanjawan 2020 baru-baru ini. Kerajaan amat prihatin terhadap kesan harga komoditi yang rendah ke atas mata pencarian rakyat, khususnya pekebun kecil. Kerajaan berhasrat untuk menyokong industri ini dengan langkah-langkah berikut:

1) Kerajaan telah melancarkan dana pinjaman penanaman semula kelapa sawit berjumlah RM550 juta untuk pekebun kecil tanpa cagaran pada kadar faedah dua peratus setahun.

Tempoh pinjaman adalah selama 12 tahun termasuk tempoh moratorium selama empat tahun ke atas pembayaran balik.

Penanaman semula akan dijalankan menggunakan teknik semaian terkini serta mematuhi piawaian Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) untuk memastikan produktiviti dan kebolehpasaran yang lebih baik.

2) Kerajaan akan memperuntukkan RM27 juta untuk menyokong usaha Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam meluaskan pasaran minyak sawit di peringkat antarabangsa dan menangani kempen anti-minyak sawit.

3) Untuk meningkatkan penggunaan biodiesel, penggunaan Biodiesel B20 untuk sektor pengangkutan akan dilaksanakan menjelang akhir tahun 2020.

Ini dijangka meningkatkan permintaan minyak sawit sebanyak 500 ribu tan setahun.

GETAH

Kerajaan memahami akan kesukaran yang disebabkan oleh harga getah rendah dan penurunan hasil pada musim tengkujuh.

Oleh itu, Kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta untuk Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil getah yang layak di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).

Kerajaan juga akan menyediakan RM100 juta untuk Insentif Pengeluaran Getah pada tahun 2020 bertujuan meningkatkan pendapatan pekebun kecil yang terjejas akibat kejatuhan harga getah.

FELDA

Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM810 juta khususnya untuk kebajikan masyarakat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), seperti berikut:

1) RM250 juta untuk program bagi meningkatkan pendapatan 11,600 orang peneroka;

2) RM300 juta untuk hapus kira faedah pinjaman peneroka;

3) RM100 juta bagi bekalan air FELDA.

4) RM70 juta untuk perumahan generasi baru peneroka FELDA.

5) RM90 juta untuk menaik taraf jalan dan infrastruktur asas di kawasan FELDA.

RISDA DAN FELCRA

Belanjawan 2020 juga akan menyediakan RM738 juta untuk RISDA dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) untuk melaksanakan pelbagai program penjanaan pendapatan yang akan memberi manfaat kepada lebih 300 ribu pekebun kecil RISDA dan 100 ribu peserta FELCRA.

KEMENTERIAN PERTANIAN & ASAS TANI

Di samping itu, Kerajaan telah meningkatkan peruntukan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani daripada RM4.4 bilion untuk 2019 kepada RM4.9 billion untuk 2020, dengan memberi fokus khusus kepada meningkatkan pendapatan bagi pengusaha pertanian.

NELAYAN

Elaun Sara Hidup Nelayan akan ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250 sebulan, menjadikan peruntukan keseluruhan sebanyak RM152 juta pada tahun 2020.

PETANI, NELAYAN & PEKEBUN KECIL

Dalam usaha membantu petani, nelayan dan pekebun kecil mempelbagaikan sumber pendapatan, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM150 juta sebagai galakan program integrasi tanaman seperti cili, nanas, kelapa, tembikai dan buluh.

PADI PULUT

Kerajaan juga berhasrat menjadikan padi pulut sebagai produk perdana Pulau Langkawi bagi meningkatkan pendapatan petani. Bagi menyokong inisiatif ini, Kerajaan akan memperuntukkan RM30 juta untuk penghasilan beras pulut di Pulau Langkawi yang dijangka memberi manfaat kepada 1,200 petani.

PADI

Bagi meningkatkan hasil padi, Kerajaan akan meningkatkan peruntukan input padi sebanyak RM855 juta bagi tahun 2020 berbanding RM796 juta pada 2019 di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP). Di samping itu, Kerajaan juga akan meneruskan subsidi padi bukit atau padi huma.

INDUSTRI PERTANIAN 4.0

Akhir sekali, Kerajaan juga akan memperuntukkan sebanyak RM43 juta ke arah pembangunan Industri Pertanian 4.0 bagi membangunkan baka yang berkualiti dan berproduktiviti tinggi.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

5 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

7 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

7 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

7 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

7 months ago