Categories: Ketua MenteriMELAKA

Belanjawan 2020: Melaka tumpu tunai baki manifesto

KLEBANG 29 Ogos- Kerajaan negeri akan memberikan fokus terhadap baki 32 peratus janji manifesto dalam bajet 2020 yang dibentangkan Oktober depan.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, sebahagian janji berkenaan adalah kad sihat, peruntukan kepada kumpulan belia dan beberapa fasiliti yang dijanjikan.

Sumbangan cadangan rakyat Melaka pula katanya akan diperhalusi kemudian bagi memberi laluan terhadap janji manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kita banyak beri fokus pada pelaksanaan manifesto kerana ada yang tidak dapat disempurnakan pada tahun sebelum ini.

“Dengan berbaki sekitar 32 peratus ia membabitkan beberapa aspek, tetapi bermula tahun depan kita akan mula mengambil cadangan dari masyarkat.

“Buat masa ini keutamaan untuk belanjawan 2020 adalah menepati janji kita kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pada sidang media Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini sebentar tadi.

Dalam perkembangan lain, Adly turut memaklumkan kerajaan negeri akan mengumumkan peruntukan terhadap penyelenggaraan aset futsal di seluruh negeri.

Menerusi dana yang akan diumumkan kelak, ia akan memastikan infrastruktur dan pembangunan aset futsal di negeri ini berada dalam keadaan baik.

“Kita akan pastikan aset futsal di negeri melaka di tambah baik dan saya telah pun bersetuju dalam Mesyuarat MMKN minggu ini untuk meluluskan sebahagian peruntukan yang akan dibajetkan tahun depan,” katanya.

Foto PEJABAT KETUA MENTERI MELAKA

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan
Tags: mkfokusutama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago