Bekas murid rai guru selepas 20 tahun tidak bertemu

Bekas murid rai guru selepas 20 tahun tidak bertemu

Hargailah jasa guru anda...

ALOR GAJAH 9 Okt. – Selepas lebih 20 tahun tidak bertemu, bekas pelajar dan pemain bola sepak skuad projek tunas cemerlang Sekolah Menengah Datuk Dol Said merancang meraikan bekas gurunya baru-baru ini.

Program pertemuan semula bekas pelajar tahun 1990 hingga 2000 sekolah itu dibuat bagi menghargai jasa gurunya mata pelajaran sains dan sukan, Kamaruddin Samdol dengan menganjurkan kejohanan empat penjuru piala Hj.Kamarudin.

Penyelaras program, Rozaidey Othman berkata, pertemuan yang diadakan di padang sekolah itu merupakan aktiviti yang dirancang bagi menghargai jasa gurunya yang telah melahirkan ramai pemain dari program bakat tunas cemerlang.

Katanya, ada di antara bekas murid Kamaruddin itu telah berjaya mewakili pasukan Melaka.

“Syukur pertemuan yang dirancang dalam tempoh pendek berjaya direalisasikan dengan kehadiran seramai 200 orang termasuk bekas pelajar.

“Lebih penting dapat mengeratkan silaturrahim dianatara satu sama lain memadangkan ada diantara kami yang telah 20 tahun tidak bertemu setelah meninggalkan alam persekolahan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambahnya, dia berharap program pertemuan seperti ini dapat diadakan lebih kerap lagi agar hubungan yang terjalin di zaman persekolahan terus berkekalan.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES