Categories: MELAKA

Bekas hotel kini sarang penagih

KAWASAN hotel terbiar kini menjadi sarang penagih melepaskan gian dan aktiviti tidak sihat.

PANTAI PUTERI 26 Jun – Penduduk Pantai Puteri bimbang dengan kegiatan tidak bermoral iaitu aktiviti melepaskan gian dadah di sebuah bangunan terbiar dipercayai bekas hotel di situ.

Tinjauan MelakaKini di kawasan itu mendapati, penduduk bimbang dan kecewa kerana bangunan yang terbiar sejak beberapa tahun lalu dijadikan sarang maksiat, walaupun perkara itu kerap disuarakan.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Mat, 57, berkata, bangunan terbengkalai itu juga merosakkan imej kawasan itu yang menjadi antara lokasi pelancongan dan memberikan perspektif negatif mengenai tahap keselamatan di kawasan tersebut.

Katanya, paling menyedihkan, bangunan itu seakan menjadi mercu tanda kepada golongan muda yang ingin mencari cabaran pada waktu malam tanpa mengetahui situasi bahaya yang mungkin terjadi.

SEBAHAGIAN bekas takungan air membukti ada orang tinggal dalam bangunan berkenaan.

“Saya sendiri nampak, mereka (penagih) biasanya masuk pada waktu malam dengan berkumpulan antara empat ke lima orang.

“Kadang-kadang ada perempuan pun ikut masuk. Mereka pandai, tunggu ‘line clear’ baru masuk.

“Selalu nampak polis ronda di kawasan ini, tapi projek mereka di bahagian dalam, nak bagi amaran kat penagih sini pon dah penat, memang tak jalan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mat berkata, dia mengesyaki penagih di kawasan ini mempunyai ‘kabel’ yang kuat bagi mengelakkan dari ditangkap.

“Operasi memang ada di kawasan ini, tetapi dengarnya mereka ada kabel, jadi bila diberitahu ada operasi, mereka tukar port lain.

“Aduan pada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah dibuat dan tindakan telah diambil, tetapi hasilnya tidak memuaskan, penagih tetap ada di kawasan ini,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Payat mendakwa, banyak aduan telah dilaporkan mengenai gejala terbabit, tetapi masalah itu hingga kini masih tiada jalan penyelesaian.

“Puas buat laporan, tapi hasilnya macam ini jugalah, tak selesai. Kami risaukan keselamatan di sini, ini kawasan pelancongan, sekolah pun tak jauh dari sini, kalau boleh selesaikan secepat mungkin,” katanya.

Hasil tinjauan di bekas hotel berkenaan mendapati selain masalah dadah, bangunan terbiar itu turut menjadi punca kepada masalah denggi.

Lebih mengejutkan, di tingkat dua hotel itu dilihat seolah-olah terdapat sekeluarga tinggal di bangunan itu berdasarkan barangan ditinggalkan.

Tapak hotel itu juga merupakan lubuk ‘mat dadah’ mencuri besi bagi mendapatkan wang segera.

Sementara itu, Penghulu Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor, Ali Hassan Ahmad Shamsuddin mencadangkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi kerajaan terlibat memainkan peranan agar masalah itu tidak lagi berulang.

“Macam PBT mereka perlu buat sesuatu , mungkin memberi amaran kepada pemilik kediaman ini untuk membersihkan kawasan.

“Ia bagi memastikan sekurang-kurangnya tidak mendatangkan bahaya kepada penduduk dan cara lain, memanggil pemilik kediaman dan keluarkan notis.

“Selain itu, saya juga risau tentang aktiviti yang dilakukan di kawasan itu terutamanya melibatkan najis dadah dan aktiviti pemujaan.

“Kita pernah pasang pagar di situ, tetapi ia tidak bertahan sebelum dirosakkan semula,” katanya.

Difahamkan, bilangan orang kena pengawasan (OKP) setakat Mei ini hanya 39 orang dan jumlah itu menurun berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 89 orang.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago