Categories: MELAKA

Bekalan Air Berjadual: Pengguna sudah bersedia

MASJID TANAH 29 Jan. – Rakyat Melaka yang patuh kepada saranan Ketua Menteri, Adly Zahari telah bersedia sejak awal lagi bagi menghadapi Bekalan Air Berjadual bermula hari ini apabila mereka tidak menghadapi masalah besar untuk mengalami situasi berkenaan.

Ini kerana dengan menyediakan tong dan pelbagai bekas menyimpan air, mereka berjaya menjalani kehidupan harian meskipun terpaksa menghadapi bekalan air secara berjadual berbanding kehidupan biasa sebelum ini.

Bagi peniaga kedai makan di Kampung Pengkalan Balak, Jamaluddin Hamzah, 60, tindakannya membeli tong air minggu lalu berjaya memastikan operasi di kedainya tidak terjejas walaupun menghadapi kekurangan bekalan air.

Dia membuat pelaburan berbaloi dengan membeli tong air bernilai RM70 untuk menyimpan air sepanjang Bekalan Air Berjadual dilaksanakan ini.

“Sehari selepas Ketua Menteri mengumumkan Bekalan Air Berjadual akan dilakukan minggu lalu, saya tidak berlengah untuk terus membeli tong air yang mampu menyimpan kira-kira 100 liter air.

“Ia sangat penting untuk menjerang air, memasak, mencuci pinggan mangkuk dan seumpamanya tetapi penggunaannya harus dilakukan dengan berjimat cermat,” katanya ketika ditemui di warung berkenaan hari ini.

Bagaimanapun, jika keadaan mendesak, dia tidak ada pilihan lain selain terpaksa mengambil air disediakan Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB) di pusat agihan setempat di beberapa lokasi sekitar Tanjung Bidara.

Petugas kantin Sekolah Kebangsaan Ayer Limau (SKAL), Nora Abdul, 46, berkata, dia mengambil kesempatan untuk menyimpan bekalan air sehingga jam 10 pagi sebelum Bekalan Air Berjadual dimulakan.

“Sejak semalam saya sudah menadah air dalam tong, baldi, besen dan seumpamanya dan pagi ini sebelum jam 10, saya terus menadah air untuk memastikan bekalan mencukupi hingga pagi esok,” katanya.

Dia berkata, apabila bekalan air mula dihentikan pada jam 10 pagi, kebanyakan bahan makanan untuk murid sudah siap dimasak dan bekas yang digunakan untuk memasak sudah dibersihkan.

Sementara itu, tinjauan di tandas sekolah itu mendapati pihak pengurusan sekolah menyediakan lima baldi dan satu tong air bagi kemudahan pelajar.

Seorang murid, Abdul Shukor Zulkifli, 12, mengucapkan terima kasih kepada guru dan kakitangan sekolah yang berusaha menyediakan air dalam baldi dan tong untuk kemudahan mereka.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

5 days ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago