Categories: MELAKASAMBPrihatin

Bekalan Air Berjadual: Pengguna semakin bijak

DIN AHMAD

MASJID TANAH 3 Feb. – Meskipun bekalan air berjadual sudah masuk hari keenam hari ini, tidak ramai pengguna terutama di luar bandar mengambil air dari tangki di pusat agihan setempat disediakan Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB).

Ini kerana kebanyakan pengguna semakin bijak apabila menyimpan air ketika bekalan berjalan seperti biasa untuk digunakan ketika tiada bekalan air.

Keadaan itu menyebabkan kebanyakan pusat agihan setempat di kawasan berkenaan sepi daripada dikunjungi orang ramai yang terbabit dalam bekalan air berjadual sejak 29 Januari lalu.

Tinjauan MelakaKini di Kampung Pasir Gembor dan Balik Batu di Tanjung Bidara, di sini serta Kampung Ayer Molek, Kuala Sungai Baru hari ini mendapati amat jarang pusat berkenaan dikunjungi penduduk sekitar berikutan bekalan berjadual itu dibuat secara selang sehari.

Hari ini bekalan air mula dihentikan pada jam 10 pagi selepas bekalan air berjalan seperti biasa semalam dan kelmarin menyebabkan kebanyakan pengguna sudah melakukan persiapan dengan menyimpan air dalam tong, besen, baldi dan pelbagai alat yang mampu menakung air.

Suri rumah, Ramlah Adam, 54, berkata, dia tidak pernah mengambil air di tangki disediakan kira-kira 100 meter dari kediamannya di Kampung Pasir Gembor, Tanjung Bidara kerana sudah menyimpan air mencukupi dalam dua tong, masing-masing berkapasiti menampung 50 liter air, selain enam baldi dan tiga besen.

“Alhamdulillah, walaupun air dicatu, saya, suami dan tiga anak tidak perlu mengangkut air dari tangki ke rumah kerana sudah menyimpan air yang cukup untuk dua hari.

“Bekalan air dihentikan selama 24 jam mulai jam 10 pagi dan keesokannya air sudah dibekalkan semula dan alhamdulillah, air tidak dihentikan pada Sabtu dan Ahad kerana mungkin kerajaan negeri faham pada hari itu orang tidak bekerja dan ramai yang berada di rumah berbanding hari bekerja,” katanya ketika ditemui di kediamannya.

Pekerja kilang, Johari Ahmad, 43, berkata, sejak bekalan air berjadual bermula Rabu lalu, dia dan lima anggota keluarganya tidak pernah alpa untuk menadah air dalam tong dan beberapa bekas bagi memastikan mereka mempunyai air yang cukup untuk kegunaan sehari.

“Cuma pada hari air dihentikan, saya tidak dapat mandi dengan puas berbanding semasa ada bekalan air seperti biasa,” katanya di Kampung Ayer Molek.

Bagaimanapun Johari berkata, jika bekalan air berjadual berlanjutan dalam fasa kedua seperti yang dinyatakan oleh Ketua Menteri, Adly Zahari, dia terpaksa mengambil air dari tangki berkenaan.

Malam tadi, Adly dilaporkan berkata, kerajaan negeri akan melaksanakan fasa kedua bekalan air berjadual dijangka sekitar minggu hadapan jika sumber air masih kurang.

Setakat ini, tempoh berkenaan dilaksanakan untuk tempoh dua minggu pertama mulai 29 Januari lalu dengan minggu hadapan masuk minggu ketiga dan model fasa kedua akan diumumkan tidak lama lagi.

Sementara itu, SAMB dalam facebook rasminya meminta orang ramai tidak panik dengan penyebaran jadual catuan air oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa kononnya catuan yang dijadualkan hingga 9 Februari ini bakal dilanjutkan hingga 29 Februari ini.

Syarikat itu berkata, pengguna air diminta tidak mempercayai jadual berkenaan, sebaliknya harus merujuk kepada jadual catuan rasmi yang disediakan SAMB.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago