Bazar Melaka tarikan baharu Kota Tun Fatimah

Bazar Melaka tarikan baharu Kota Tun Fatimah

Jom kita ke Bazar Melaka di Kota Tun Fatimah, 31 Ogos ini...macam-macam ada di sana khabarnya...


AYER KEROH 9 Ogos – Kota Tun Fatimah di Pusat Dagangan Antarabanga Melaka (MITC) di sini yang dahulunya dikenali sebagai Kota Fesyen bakal mempunyai tarikan terbaharu apabila Bazar Melaka memulakan operasinya pada 31 Ogos ini.

 

Bazar Melaka akan beroperasi selama tiga hari seminggu iaitu pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Menempatkan 80 gerai yang beroperasi di Jalan KF 1 itu, Bazar Melaka bakal menawarkan pelbagai barangan jualan termasuk pakaian, aksesori wanita dan lelaki, gajet, hiasan dalaman dan gerai makanan.

Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Perkhidmatan Korporat Permodalan Melaka Holdings (PMH), Azizi Kamis berkata, Bazar Melaka akan memberi wajah baharu kepada Kota Tun Fatimah sekali gus menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong.

“Kita menawarkan 80 gerai di bazar itu dan daripada jumlah itu setakat ini, sebanyak 20 peniaga telah bersetuju membuka gerai di bawar berkenaan dan jumlah iti dijangka meningkat menjelang 31 Ogos ini,” katanya kepada MelakaKini ketika ditemui di Seri Negeri di sini.

Selain gerai peniaga individu, kata Azizi, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut
bersetuju gerai jualannya iaitu AgroBazar yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian.

Bagi menarik lebih ramai pengunjung dan menghidupkan lagi suasana di kawasan bazar itu, katanya, beberapa persembahan melibatkan kumpulan kebudayaan, kugiran dan buskers akan diadakan.

“Kita juga akan menjemput artis-artis terkenal tanah air untuk membuat persembahan di bazar itu nanti,” katanya.

Menurut Azizi, peniaga yang beroperasi di Bazar Melaka itu turut dikecualikan daripada bayaran sewa selama enam bulan.

Bagaimanapun, tambahnya, peniaga dikenakan yuran permulaan sebanyak RM250 untuk memulakan perniagaan di Bazar Melaka itu.

Bazar Melaka dijadual dirasmikan oelh Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari pada 1 September ini.

Bazar Melaka merupakan salah satu komponen dalam Kota Tun Fatimah yang dijenamakan semula daripada nama asalnya Kota Fesyen.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari ketika mengumumkan penjenamaan itu baru-baru ini berkata, kerajaan negeri mengecualikan bayaran sewa selama enam bulan kepada usahawan wanita yang berhasrat berniaga di kawasan tersebut.

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS