Categories: TV MELAKA

BAZAR MELAKA KOTA TUN FATIMAH MAKIN MERIAH

Apa tunggu lagi.. jom la singgah meriahkan bazar melaka…!!!

Tinjauan kami ke Bazar Melaka Kota Tun Fatimah selepas dua minggu beroperasi mendapati bazar itu kini semakin meriah.

Terdapat lebih 90 gerai beroperasi melibatkan jualan barangan kering dan basah, termasuk jualan di ‘food truck’.

Menurut Penganjur Bahagian Pemasaran dan Media bazar, Shahrezza Abd. Karim, majoriti peniaga terdiri daripada usahawan wanita iaitu sebanyak 80%.

Ia seiring dengan aspirasi kerajaan negeri dalam memperkasa usahawan wanita, selain turut membantu mereka yang pertama kali ingin berniaga.

Menurut beberapa peniaga, kawasan tersebut sangat kondusif dan selamat, secara tidak langsung membuka peluang kepada mereka menjana sumber pendapatan baharu.

Rata-rata peniaga dan pengunjung yang ditemui berpuas hati dengan inisiatif kerajaan negeri dalam membangunkan bazar berkenaan.

Tinjauan kami mendapati, susunan jenis perniagaan juga telah diatur bagi mengelak pertindihan produk perniagaan.

Di samping itu, pembayaran tanpa tunai (‘cashless’) juga turut diperkenalkan bagi memudahkan sistem jual beli di bazar berkenaan.

Pada masa sama, penganjur turut merancang membesarkan skala bazar berkenaan kepada fasa kedua dan ketiga bagi mempergiat lagi aktiviti perniagaan di Kota Tun Fatimah.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Ashalia binti Yusof

Leave a Comment
Share
Published by
Ashalia binti Yusof

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago