Bazar Klebang diiktiraf terbesar, terpanjang di Malaysia!

KLEBANG 29 Mei – Bazar Ramadan Mega Klebang yang diiktiraf sebagai terpanjang dan terbesar di Malaysia, mampu menarik lebih ramai pelancong domestik ke negeri ini.

Penganjur bazar berkenaan, Mohd. Nasir Muhammad berkata, bazar sepanjang dua Kilometer itu menawarkan ribuan barangan keperluan bagi melengkapi sambutan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Ujar beliau, pihaknya masih dalam proses mendapatkan penarafan The Malaysia Books of Record di atas pencapaian terulung yang dilaksanakan di negeri ini.

Menurutnya, sambutan bazar berkenaan mampu menarik lebih 1 juta pengunjung termasuk dari serata negara dan ia dilihat memberangsangkan sejak permulaan beroperasi hampir sebulan lalu.

“Hampir 90 peratus peniaga di sini terdiri daripada bumiputera dan golongan muda malah bazar ini menyediakan kira-kira 360 gerai buat mereka.

“Pelbagai barangan disediakan di sini meliputi pelbagai kategori termasuk pakaian dan makanan.

“Malah, tahun ini kami turut membuka sebuah tapak baharu dan juga tapak parkir yang luas bagi memudahkan pengunjung mendapatkan perkhidmatan yang disediakan,” katanya ketika ditemui MelakaKini di sini, malam tadi.

Tinjauan MelakaKini mendapati, ribuan pengunjung mula memenuhi kawasan berkenaan terutama antara jam 10 malam sehingga 1 pagi.

Trafik dilihat terkawal walaupun dipenuhi kereta yang diparkir di bahu jalan kerana dikawal hampir 30 petugas yang mengawal lalu lintas di kawasan terbabit.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat
Tags: pelancongan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago