Bayi 7 bulan dan kanak-kanak 4 tahun terselamat dalam kemalangan

Bayi 7 bulan dan kanak-kanak 4 tahun terselamat dalam kemalangan

Syukur terselamat...

PENGKALAN BALAK 9 Okt- Seorang bayi dan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun antara yang terselamat dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Londang, di sini, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 5.30 petang, mangsa, Danial Aryan Nasrul Asdiq, tujuh bulan yang menaiki Toyota Vios bersama ahli keluarganya dalam perjalanan dari Masjid Tanah menuju ke arah Pengkalan Balak.

Katanya, bagaimanapun setiba ditempat kejadian, kereta yang dipandu ayah bayi berkenaan, Nasrol Asdiq Hairol Nizam,24, jenis Toyota Vios hilang kawalan dan terbabas meluru masuk ke arah bertentangan.

Menurutnya, dalam masa yang sama sebuah kenderaan jenis Proton Persona yang dipandu seorang wanita berusia 33 tahun dari arah Pengkalan Balak gagal mengelak dan menyebabkan kereta yang dinaiki dua penumpang termasuk seorang kanak-kanak lelaki, Uwais Imran Mohd Zaim,4, dirempuh kereta Toyota Vios itu.

Jelasnya, akibat kemalangan itu wanita terbabit patah kaki dan bapa kanak-kanak itu serta seorang lagi penumpang kenderaan sama mengalami cedera ringan manakala bayi dan kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Alor Gajah bagi mendapatkan rawatan lanjut dan siasatan mendapati jalan satu lorong dua hala dalam keadaan cuaca baik dan pada waktu siang.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES