Bayan Linnas, bicara isu semasa

Bayan Linnas, bicara isu semasa

Rancangan bercorak Islamik yang `trending'

STESEN televisyen AlHijrah membawakan pelbagai rancangan menarik bagi penonton setianya.

Terbaharu, sebuah rancangan berbentuk kapsul Bayan Linnas mula menemui penonton setiap Isnin hingga Rabu, jam 7.25 malam.

Mengambil durasi tiga hingga lima minit, ia membicarakan perihal hukum hakam dalam agama termasuk persoalan dan keraguan masyarakat terhadap isu semasa.

Menariknya, figura tidak asing lagi di Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Kuala
Lumpur turut memainkan peranan selaku pengemudi rancangan.

Sebagai pendakwah aktif di laman sosial dan sentiasa menjadi pakar rujuk masyarakat terutama golongan muda, beliau membawa penonton berbicara isu-isu hangat seperti guru rotan murid, alam sekitar, peliharakanlah dan fitnah, jauhilah.

Pemilihan Zulkifli dilihat bertepatan dengan pendekatan TV AlHijrah sebagai stesen penyiaran Islam yang relevan.

Kaedah penyampaian ilmu di dalam rancangan ini juga dilaksanakan secara bersahaja dan santai menerusi pelbagai kaedah penjelasan seperti temu ramah, lakon semula dan grafik.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, pihaknya sentiasa berusaha memastikan setiap rancangan disiarkan bertujuan mendidik, menyalurkan maklumat dan menghibur.

“Kerana itu, kandungan rancangan tersebut perlu terkini, relevan, berkualiti dan ‘trending’ di mata
penonton,” katanya.

Menurutnya, hanya dengan cara ini sahaja televisyen kekal relevan sebagai agen penyatuan ummah seluruh dunia.

“Justeru menerusi penerbitan Bayan Linnas, penonton yang mahukan keseimbangan duniawi dan ukhrawi berterusan dan konsisten pada bulan-bulan akan datang,” katanya.

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS