Categories: MELAKA

BASISKA platform dekati masyarakat

ALAI 9 April – Seramai 51 pelajar Kolej Rahim Kajai, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyalurkan khidmat masyarakat dalam Program Bakti Siswa Sukarelawan Kajai Kali Ke-10 (BASISKA 10), baru-baru ini.

Kolej Rahim Kajai kali ini memilih Kampung Alai sebagai lokasi melaksanakan program itu yang menjadi aktiviti kesukarelawanan tahunan universitinya.

BADRULZAMAN

Pengetuanya, Dr. Badrulzaman Abdul Hamid berkata, BASISKA merupakan aktiviti melibatkan keluarga angkat bersama anak angkat dalam kalangan pelajar Kolej Rahim Kajai selama empat hari tiga malam.

“Dengan adanya program sebegini, kita dapat memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana untuk berkhidmat kepada masyarakat.

“Justeru, selepas mereka menamatkan pelajaran, mereka boleh meneruskan khidmat masyarakat ini kepada orang ramai,” katanya.

Badrulzaman berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Penutupan BASISKA 10 di Kampung Alai di sini, hari ini.

Jelasnya, pelajar tidak hanya terkongkong di universiti, malah diberi peluang untuk mendekatkan diri bersama masyarakat.

“Melalui aktiviti ini, pelajar dapat menerapkan semangat insaniah yang tinggi selain prihatin dengan masalah-masalah masyarakat setempat.

“Bukan hanya pelajar Melayu, malah pelajar Cina dan India juga terlibat sama menjadi sukarelawan pada program ini,” katanya.

Hadir sama, Ketua Pengarah BASISKA 10, Mahfuzah Bakri.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago