Basikal BMX kembali digemari

Basikal BMX kembali digemari

Nostalgia BMX era 1980-an

BANDARAYA MELAKA 11 Sept. – Dalam menangani aktiviti kurang sihat seperti kegiatan basikal lajak dan rempit dalam kalangan remaja serta dan kanak-kanak, pelbagai program riadah dan sukan dianjurkan.

Antaranya termasuk aktiviti kayuhan basikal BMX anjuran Pertubuhan Angkatan Anak Muda yang diadakan di sini baru-baru ini.

Pengerusi persatuan itu, Ahmad Khairul Mohd Noor berkata, aktiviti kayuhan BMX adalah antara sukan yang digemari semula oleh remaja dan belia.

“Siri-siri program yang dicetuskan beberapa kelab dari dalam dan luar negara juga menjadi pemangkin untuk menyemarakkan lagi semangat kita untuk lebih minat dan menanam hasrat untuk menceburi sukan BMX ini.

“Saya percaya warga yang sihat, cergas dan berdisiplin akan sama-sama menyumbangkan tenaga,masa, malah wang ringgit demi minat untuk menaikkan dan memiliki basikal-basikal BMX ini. Sudah tentu semua ini terhasil berkat kerja keras dan usaha berterusan daripada semua pihak bagi memastikan tujuan dan kesepaduan dapat direalisasikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program kayuhan BRBMX Melaka Night Ride Volume 2 2019 di pekarangan UTC di sini baru-baru ini.

Seramai 153 peserta dari Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang menyertai program terbabit.

Beliau yang juga Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia yakin program kayuhan berbasikal BMX itu mampu memupuk semangat kerjasama dan muhibah dalam kalangan peminat tegar basikal BMX.

“Program ini juga akan menjadi landasan penting bagi semua pihak yang terlibat untuk saling bermesra dan lebih mengenali antara satu sama lain.

Kelab Bukit Rambai BMX (BRBMX) mendapat sokongan dan bernaung di bawah Kelab BMX Back To 80’S Malaysia.

“Matlamat kelab BRBMX ini amat baik dan dialu-alukan kerana ia adalah kelab pertama akan mengadakan kayuhan tetap setiap tahun iaitu September,” jelasnya.


SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS