Base Jump Xtreme Straits of Melaka diadakan Oktober

BANDA HILIR 26 Sept. – Sukan ekstrem payung terjun yang bakal diadakan pada 4 hingga 6 Oktober ini mampu merancakkan kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2019.

Penyelaras dan Koordinator ‘Base Jump Xtreme Straits of Melaka’, Mohd Noorizan Mohd Yunus berkata, acara diadakan di Sky Deck, Element Mall itu bakal membabitkan penyertaan peserta antarabangsa tidak lama lagi.

Katanya, kira-kira 20 hingga 25 peserta akan menyertai acara itu termasuk dari Australia, Jepun, India, Amerika Syarikat dan Rusia.

“Pada acara sukan lasak ini ia juga akan disertai seorang peserta wanita daripada Switzerland dan ini adalah kali pertama acara ini disertai wanita.

“Bangunan ini dipilih disebabkan ia merupakan yang tertinggi di Melaka dengan penerjunan setinggi 195 meter.

“Acara terjunan ini merupakan kali ketiga diadakan di negeri ini dengan harapan ia mampu menjadi daya tarikan bagi pelancong untuk berkunjung ke Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ‘Base Jump Xtreme Straits of Melaka’ di sini hari ini.

Menurut Mohd Noorizan, acara itu dilihat mampu memperkenalkan negeri ini sebagai destinasi pelancongan.

“Apabila kami menghebahkan penganjuran ini, ramai antara peserta dunia tidak tahu di mana lokasi Melaka malah ada yang meletakkan lokasi ini di Marina Bay, Johor.

“Bagaimanapun, apabila diterangkan di negara yang mempunyai ibu kota Kuala Lumpur barulah mereka mengetahui lokasi Melaka di negara ini.

“Acara ini dilihat mampu mempromosikan Melaka sebagai negeri pelancongan malah ia juga mampu memberi pendedahan kepada orang ramai kepada acara sukan lasak ini sekali gus ia juga merupakan salah satu subsektor pelancongan sukan di Melaka,” katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago