Categories: KebajikanNASIONAL

Bantuan JKM bagi bulan April disegerakan

PUTRAJAYA 19 Mac — Bayaran bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi bulan April disegerakan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, dengan bayaran dibuat bermula 25 Mac ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata bantuan itu melibatkan 500,000 penerima membabitkan kos berjumlah RM150 juta.

“Bantuan ini akan diterima 15 hari lebih awal dari tarikh yang sepatutnya diterima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rina berkata inisiatif itu diharap dapat membantu kumpulan sasar menjalani kehidupan yang sejahtera sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, yang dikuat kuasa dari 18 Mac sehingga 31 Mac.

— BERNAMA

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

5 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

7 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

7 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

7 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

7 months ago