Bakal Pengantin ‘kantoi’ dadah didenda RM 2,800

Bakal Pengantin ‘kantoi’ dadah didenda RM 2,800

Jauhi dadah!

AYER KEROH 9 Okt – Seorang bakal pengantin lelaki yang kurang sebulan sebelum menjelang majlis perkahwinannya didenda RM2,800 di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memberikan dadah kepada diri sendiri.

Tertuduh yang berusia 23 tahun itu mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh Jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati melakukan kesalahan terbabit pada jam 4.30 pagi di Balai Polis Tengkera pada 17 Jun lalu.

Tertuduh yang bekerja sebagai Juruselenggara Pendingin Hawa tidak dikecualikan dibawah Akta IV Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, kerana didapati memberikan diri sendiri dadah jenis Methaphetamine yang disenaraikan di Bahagian 111(Tiga) Jadual Pertama ADB 1952.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 (Pindaan 2003) dan hendaklah menjalani pengawasan dibawah Seksyen 38(b) Akta yang sama.

Tertuduh boleh dipenjara sehingga dua bulan atau denda maksima RM 5,000 atau kedua-duanya sekali berserta perintah pengawasan antara dua hingga tiga tahun bagi hukuman tersebut.

Prosiding yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Asissten Supritendan Nora Yaacob meminta hukuman setimpal terhadap tertuduh memandangkan tertuduh mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes yang sama.

Tertuduh yang diwakili Peguam Angeline Koh bagaimanapun merayu hukuman minima memandangkan tertuduh menanggung kedua ibu bapa yang sudah uzur serta bakal melangsungkan perkahwinan pada November depan.

Majistret kemudian dalam penghakimannya memutuskan dengan menjatuhi hukuman denda RM2,800 serta lapan bulan penjara dan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Tertuduh juga diperintah menjalani perintah pengawasan selama tiga tahun.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES