Categories: Ketua MenteriMELAKA

Bajet 2020: Fokus isu kesesakan, bekalan air, hospital

BUKIT BARU 30 Sept. – Kerajaan negeri akan menilai semula manifesto yang masih belum ditunaikan pada Bajet 2020 yang akan dibentang tidak lama lagi.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pihaknya sedang merangka belanjawan negeri berfokus kepada aspek belia, wanita dan kebajikan.

Menurutnya, penambahbaikan peruntukan pembangunan juga akan diambil kira pada bajet berkenaan.

“Jika tahun lalu kita peruntukkan RM5 juta, kali ini kita harap ia dapat ditingkatkan walaupun secara keseluruhan ia belum muktamad,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan ke Pejabat Badan Sukarelawan At-Taqwa, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di sini, hari ini.

Tambah beliau, masalah kesesakan lalu lintas akan diberikan keutamaan pada bajet kali ini.

“Jalan baru dari Hatten ke Semabok antara keperluan kerana sebahagian besar ia menguraikan kesesakan lalu lintas di negeri ini.

“Begitu juga pembangunan lain seperti Tasik Biru, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak,” katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago