BAJET 2020:  LEBIHKAN PERUNTUKAN KELAS TAMBAHAN PERCUMA

BAJET 2020: LEBIHKAN PERUNTUKAN KELAS TAMBAHAN PERCUMA

Insiatif perkasakan mata pelajaran berunsur Sains & Teknologi

Kementerian Pendidikan menyarankan Exco Pendidikan di setiap negeri diberikan peruntukkan yang lebih dalam Bajet 2020 kerajaan negeri sebagai dana mengadakan kelas tambahan percuma kepada pelajar.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, perkara itu perlu diberikan penekanan dalam memperkasakan sistem pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM) di peringkat sekolah.

Jelasnya, STEM yang diubah kepada pendidikan Sains, Teknologi, Agama, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STREAM) perlu dilaksanakan sehingga ke peringkat sekolah rendah malah perlu memfokuskan penggunaan bahasa teknologi iaitu Bahasa Inggeris.

Dalam pada itu, Dr. Maszlee berkata, beliau akan memastikan taraf pendidikan di Melaka sentiasa berada di tahap berkualiti dan berjalan lancar seiring dengan dasar kementerian.

Beliau turut memuji inisiatif jabatan pendidikan negeri yang dilihat inovatif dengan membangunkan platform pembelajaran atas talian.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES