BAJET 2020: ISU KOS SARA HIDUP JADI TUMPUAN RAKYAT

BAJET 2020: ISU KOS SARA HIDUP JADI TUMPUAN RAKYAT

Sama-sama kita nantikan Bajet 2020 yang akan dibentangkan esok.

 

Belanjawan 2020 bertemakan ‘Kemakmuran bersama, menjana pertumbuhan inklusif yang berkualiti ke arah ekonomi berpendapatan tinggi’, pastinya ditunggu-tunggu rakyat Malaysia yang akan dibentangkan Menteri Kewangan, Yang Berhormat Lim Guan Eng, esok, 11 Oktober 2019 di Dewan Rakyat.

Apakah perkara yang akan diberi tumpuan pada pembentangan bajet kali ini?

Bercakap mengenai kedudukan dan perancangan ekonomi, sudah pasti rakyat mendambakan rintihan mereka didengari kerajaan.

Tinjauan kami mendapati, rata-rata rakyat mahu kerajaan menyelesaikan masalah kos sara hidup yang semakin tinggi.

Bagi golongan pelajar, mereka mengharapkan peluang pekerjaan diperbanyakkan terutama dalam bidang yang dipelajari di Institut Pengajian Tinggi.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES