‘Bagus rasanya dapat kembali’

PEMAIN pertahanan Melaka United (MU), Khair Muhammad Jefri Jones sudah tidak sabar memulakan aksi pertamanya di bawah kendalian Zainal Abidin Hassan musim depan.

Katanya, selepas semusim bersama Kuala Lumpur FA, panggilan semula ke MU seolah peluang keduanya untuk terus beraksi dalam saingan Liga Super selepas pengurusan The City Boys mahu menggugurkannya dari pasukan setelah tersingkir ke aksi Liga Perdana musim depan.

“Zainal menghubungi saya selepas mengetahui perkara itu dan saya tak pernah rasa sepuas ini untuk kembali berkhidmat bersama MU.

“Ia amat mengejutkan kerana saya tidak menjangkakan ia berlaku setelah digugurkan pada 2018.

“Saya tak pernah berkhidmat di bawah Zainal tetapi, saya tahu dia pernah melalui beberapa musim yang baik bersama Pahang termasuk MU musim lepas, jadi saya menjangkakan permulaan musim yang agak baik darinya,” katanya.

Pemain naturalisasi berusia 30 tahun itu dibawa masuk dari Hawke’s Bay United ke MU pada 2016 sebelum digugurkan pada 2018.

Khair kemudiannya dibawa masuk semula bagi kempen Liga Malaysia 2020.

Mengulas lanjut, pemain bek belakang mengakui agak janggal dengan rakan baharu selepas dipaksa meninggalkan kelab pada 2018, namun ia hanyalah rutin biasa yang dilakukan semua pemain bolasepak.

“Pemain datang dan pergi, bagi saya ia amat menarik dengan persekitaran baharu, walaupun pernah bersama menyarung jersi pasukan,” katanya.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago