Categories: KolumnisMELAKARENCANA

Bagaimana teknologi AI boleh kekang Covid-19

ZAIPUL ANWAR ZAINU
Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Tun Perak

KETIKA artikel ini ditulis, wabak Covid-19 (Novel Coronavirus) masih berada dalam situasi yang membimbangkan.

Yang paling meresahkan ketika ini ialah jika wabak ini sebenarnya masih berada pada tahap awal dan situasi sebenar yang lebih parah masih belum berlaku.

Penganalisis dunia sudah mula mencongak-congak potensi kerugian ekonomi yang dijangka boleh mencecah sehingga 5% daripada KDNK global, suatu jumlah yang cukup besar iaitu sekitar RM12 trilion.

Bolehkah wabak ini dicegah daripada merebak ke seluruh dunia lebih awal?

Apakah teknologi canggih yang ada di dunia sekarang ini yang boleh melakukannya?

Lebih kurang dua minggu sebelum Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) memberikan amaran kepada seluruh dunia mengenai wabak koronavirus (Covid-19), sebuah syarikat kecerdasan buatan (AI – artificial intelligence) dari Kanada iaitu BlueDot sudah pun memberi amaran kepada pelanggan mereka mengenai potensi wabak penyakit berjangkit dari China itu.

Pada 31 Disember 2019, syarikat itu menghantar amaran kepada pelanggan mereka untuk mengelak dari terbang ke Wuhan, di mana virus itu berasal.

WHO tidak menghantar notis awam yang sama sehinggalah hanya pada 9 Januari 2020.

BlueDot menggunakan algoritma yang berasaskan teknologi AI untuk mengaut laporan-laporan berita dari seluruh dunia mengenai rangkaian penyakit haiwan dan tumbuhan serta memberikan amaran awal kepada pelanggan mereka untuk mengelakkan zon bahaya seperti yang berlaku di Wuhan.

Kecepatan tersebarnya berita mengenai wabak merbahaya adalah penting bagi pencegahan awal, namun pegawai-pegawai dari China sememangnya mempunyai rekod yang tidak baik untuk berkongsi maklumat mengenai sesuatu penyakit berjangkit, pencemaran udara atau bencana alam.

Malangnya, pegawai kesihatan awam di WHO terpaksa bergantung kepada para pegawai kesihatan yang sama untuk pemantauan penyakit berjangkit dan merbahaya.

Dengan menggunakan teknologi AI, berita mengenai wabak berjangkit boleh dikesan dengan pantas dari posting di forum-forum atau blog-blog yang menunjukkan tanda-tanda sesuatu peristiwa yang luar biasa telah berlaku.

Selain berita dalam talian, akses kepada data tiket penerbangan global juga membantu BlueDot meramalkan bagaimana wabak ini boleh merebak ke seluruh dunia.

Ia berjaya meramalkan dengan tepat bagaimana Covid-19 akan merebak dari Wuhan ke Bangkok, Seoul, Taipei dan Tokyo pada hari-hari selepas penampilan awalnya.

BlueDot mempunyai 40 pakar perubatan dan pengaturcara yang telah membina program pengawasan penyakit dengan menggunakan teknik automasi pembelajaran (machine learning) dan pemerosesan bahasa semulajadi yang mengaut data secara automatik.

Setelah semua pengautan data secara automatik selesai, analisis secara manual pula dilakukan oleh manusia.

Ahli epidemiologi menyemak kesimpulan dari segi saintifik dan kemudian laporan dengan segera dihantar kepada pelanggan kerajaan, perniagaan, kesihatan awam, syarikat penerbangan dan hospital barisan depan di mana pesakit yang dijangkiti mungkin berada.

Kisah BlueDot ini telah menunjukkan kepada kita bahawa AI sudah mula memainkan peranan yang semakin penting dalam kehidupan dan ekonomi manusia di seluruh dunia, dalam pelbagai cara termasuk bidang kesihatan.

Manusia di seluruh dunia terutama di negara maju sudah mula berlumba-lumba untuk membangunkan teknologi AI dalam pelbagai aspek kehidupan.

Kisah bagaimana BlueDot berjaya membangunkan aplikasi berasaskan AI untuk menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa hadapan telah menarik perhatian dunia.

Bayangkan jika teknologi sama juga dibangunkan untuk meramalkan keadaan pasaran saham atau meramalkan potensi kemenangan sesebuah parti politik yang akan memerintah sesebuah negara.

AI sudah mula dilihat oleh ramai sebagai enjin produktiviti dan pertumbuhan ekonomi.

Ia boleh meningkatkan kecekapan dan meningkatkan proses membuat keputusan dengan menganalisis sejumlah data yang besar dengan pantas.

Ia juga boleh meningkatkan peluang inovasi atau penciptaan produk dan perkhidmatan baru dan dengan itu meningkatkan permintaan pengguna dan menjana aliran pendapatan baru yang dapat membantu membangunkan ekonomi sesebuah negara.

Mudah-mudahan teknologi ini akan dapat digunakan dengan sebaiknya bagi meningkatkan lagi kesejahteraan hidup manusia keseluruhannya.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago