Bagaimana buluh ‘Gombong’ jana pendapatan di Bandung

Bagaimana buluh ‘Gombong’ jana pendapatan di Bandung

Boleh cuba..

POKOK buluh merupakan tumbuhan yang agak sinonim dengan negara yang memiliki kawasan beriklim sederhana, separa tropika, yang mana membolehkan ia tumbuh subur di kawasan terbuka dan memiliki sumber aliran air yang baik.

Buluh juga merupakan hasil sumber bukan kayu yang berpotensi untuk dikomersilkan bagi penghasilan perabot, alat muzik, pencungkil gigi, kayu penyepit, bidai, kraftangan dan lain-lain.

Ia tergolong dalam kumpulan monokotilidon dari keluarga Gramineae dalam keluarga rumput-rampai dan di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat sejumlah 59 spesis yang dikenalpasti.

Antara spesis berkenaan ialah Bambusa blumeana (buluh duri), Bambusa heterostachya (buluh galah), Bambusa vulgaris (buluh minyak), Bambusa vulgaris (buluh betong), Gigantochloa levis (buluh tumpat), Shizostachyum zollingeri (bulih dinding), Schizostachyum grande (buluh semeliang) dan lain-lain.

 

BULUH DIGUNA SECARA MELUAS

Di sebalik kegunaannya yang meluas dalam bidang tertentu terutamanya kraftangan, ia masih berjaya digunakan secara meluas dalam bidang pelancongan.

Agak merugikan, kerana sektor pelancongan merupakan pendapatan utama Melaka, apatah lagi buluh jika dilihat dari perspektif itu ia mampu menjadi penyumbang kepada tarikan pelancong ke negeri ini.

Kecenderungan penduduk setempat yang melihatnya sebagai bahan asas mengikut musim menjadikannya ia bernilai hanya pada waktu-waktu tertentu.

Situasi berbeza dapat dilihat di Bandung, Indonesia, terutamanya di kawasan luar bandar, dimana-mana puluhan buluh spesis Gigantochloa pseudoarundinacea atau lebih dikenali sebagai Bambu gombong oleh masyarakat tempatan di sana dapat disaksikan di sisi jalan.

Di sana ia penggunaan buluh membawa makud berbeza, dimana kebanyakkan binaan di pusat pelancongan menggunakannya.

Bambu Gombong merupakan sebahagian dari spesis buluh yang memiliki struktur besar sekali gus menjadikannya sebahagian bahan yang sesuai untuk membina sesuatu yang menarik.

 

JADI TANAMAN ALTERNATIF

Bermula dari situ, kecairan tunai mula terbentuk apabila ia jualan fotografi dan lain-lain sektor mula meningkat hasil kreativiti penggunaan buluh itu.

Jika diimbas kembali, kerajaan pernah menyuarakan pendapat mengenai penanaman pokok buluh sebagai tanaman alternatif menggantikan sawit ketika sentimen anti minyak sawit yang dijalankan oleh Eropah sekali gus menjejaskan eksport minyak sawit Malaysia ke pasaran global.

Kenyataan dikeluarkan Menteri Industri Utama, Teresa Kok ketika itu mendapat kecaman dari para netizen di laman sosial termasuk ada antaranya yang menjadikannya sebagai bahan politik.

Memetik katanya, Teresa dilaporkan berkata, “Kementerian Industri Utama di bawah saya sedang mengambil langkah untuk melawan pengaruh kempen anti minyak sawit di Eropah yang mutakhir ini menjadi semakin kuat.

“Perdana Menteri menasihati rakyat, malahan termasuklah kementerian saya agar tidak terlalu bergantung kepada satu-satu jenis tanaman.

“YAB menegaskan adalah penting bagi negara kita untuk mengkaji kesesuaian penanaman tanaman alternatif bagi mempelbagaikan pendapatan pekebun kecil,” jelasnya.

Tidak salah pun sebenarnya, menanam hasil tanaman alternatif, sekurang-kurangnya ia mampu menjana pendapatan sampingan yang berpatutan, lihat keadaan di Bandung, tiada seinci pun kawasan tanah terbiar yang tidak diusahakan.

 

MAMPU JADI PEMANGKIN UTAMA DALAM SEKTOR PELANCONGAN

Selain buluh Gombong, tanah sekangkang kera dikawasan itu akan turut dipenuhi dengan padi huma atau tanaman sayuran lain yang mampu memberikan hasil.

Bukan mahu merendahkan kualiti kraftangan rakyat tempatan negara, tapi ini adalah realiti.

Ketika rakyat Indonesia mula berkarya menggunakan alam semula jadi, rakyat kita di sini, sebahagiannya masih berpendapat bahawa sumber hutan itu hanya sesuai dibuat kraftangan dan layak dijadikan senjata menghalau ular.

Seperti contoh di Farmhouse di Lembang di mana binaannya di sana menggunakan buluh dan ia dihiasi kulit kayu mati yang sebahagiannya diwarnakan, sekali gus menampakkan suasana persekitaran seolah berada dalam filem ‘Lord of The Rings’.

Lokasi di The Lodge juga menggunakan ciri sama, tetapi konsepnya agak berlainan kerana ia terletak di atas gunung.

Mudah kata, kekuatan sumber hutan yang kita peroleh mampu mendatangkan hasil, jika kreativiti dan usaha diletakkan terhadapnya.

Di Melaka sebenarnya ia juga mampu diaplikasi, cuma apabila pusat peranginan berkonsep mewah sering diperkenalkan, maka hasil alam ini tadi mula diketepikan.

Jika benda semudah buluh Gombong ini mampu membawa hasil pulangan dari sektor pelancong kepada Bandung dan penduduknya, kerajaan negeri wajar melihat ia sebagai magnet pendapatan dan tidak memberikan tumpuan kepada pusat pelancongan mewah sahaja.

Jika boleh, pelopori hasil hutan negeri yang boleh dijadikan sebagai produk baharu, kekalkan ciri semula jadi dan nilai sejarah yang ada dalam usaha menarik lebih ramai pelabur.

CATEGORIES