B-21 MU azam beri yang terbaik

B-21 MU azam beri yang terbaik

KETUA Jurulatih B-21 Melaka United (MU), Sapian Wahid hanya mahukan anak buahnya memberikan yang terbaik dalam setiap aksi semasa kempen Piala Presiden 2019 yang bermula 21 Februari ini.

Jelasnya, tiada janji manis yang akan dikotakan, namun persiapan rapi menjelang aksi pertama bertemu Kuala Lumpur sedang giat dijalankan bagi memperkemaskan barisan.

“Ini adalah minggu terakir sebelum kami memulakan kempen minggu depan, tiada sasaran peribadi kerana kami hanya mahu mencapai matlamat melahirkan atlet berpotensi yang boleh diserap ke skuad utama.

“Dan persiapan rapi menjelang aksi pertama sedang dibuat, pemain juga tiada masalah, cuma terdapat beberapa ketumpulan di barisan hadapan yang sedang diatasi,” katanya.

Adik kepada jurulatih penjaga gol MU, Mazlan Wahid Wahid itu turut menjelaskan beliau masih memerlukan masa membentuk pasukan yang kukuh.

“Masih perlukan masa kerana bola sepak tidak boleh mengharapkan kemenangan sahaja kerana ada pasukan lain yang melakukan persiapan lebih rapi.

“Cuma kita akan buat yang terbaik, tiada janji untuk terus menang kerana bola itu bulat,” katanya.

CATEGORIES
TAGS