Categories: MELAKARENCANA

Ayam serama punyai jangka hayat 7 hingga 15 tahun

AYAM serama merupakan sejenis baka yang agak baru. Terdapat legenda mengatakan haiwan itu keturunannya dari pembiakan silang antara burung merpati dan ayam.

Cerita lain mengisahkan ia bermula dari pemberian hadiah ayam katik oleh Raja Siam kepada sultan tempatan pada zaman dahulu.

Baka moden ayam serama dipopularkan oleh Wee Yean Een dari Kelantan, yang memberi nama ‘Serama’ sempena Raja Sri Rama, sebuah watak dalam Wayang Kulit. Baka ini pertama kali dipamerkan pada tahun 1990.

Tahun 2000 merupakan kemuncak popularitinya di Malaysia. Baka ini terjejas teruk semasa wabak selesema burung pada tahun 2004 dan lebih 50,000 ekor serama dihapuskan.

JENIS AYAM SERAMA

Ayam serama yang ada sekarang merupakan hasil kacukan dengan beberapa spesies burung eksotik seperti ayam hutan, bantam dan merpati.

Proses kacukan dipercayai berlaku setelah beberapa keturunan sehinggalah saiz menjadi sekecil dan diiktiraf sebagai ayam terkecil di dunia.

Ayam serama adalah warisan yang harus dipertahankan kerana berasal dari Tanah Melayu, ia berbeza dengan ayam peliharaan dari segi saiz, sifat dan bentuk badannya.

Berat badan ideal ayam serama adalah bawah 500 gram dan biasanya satu pertiga daripada berat badan ayam biasa.

PENJAGAAN AYAM SERAMA

Ayam serama berbeza dengan ayam katik dan ayam kapan kerana pandai bergaya seperti mengepak dan mendada apabila ada mata memandang.

Ayam ini juga suka dimandikan, dibelai dan diurut agar lebih sihat. Biasanya ayam serama akan dirapikan setiap hari seperti dimandikan, diberi makan vitamin dan disapu losen bagi mencantikkannya.

Ayam serama mempunyai jangka hayat antara tujuh hingga 15 tahun berdasarkan kaedah penjagaan.

Ayam akan bertelur semasa berusia enam bulan dan bertelur selang sehari sehingga enam biji dan mengeram selama 21 hari.

Anak ayam yang baru menetas akan diletakkan dalam kotak khas dengan alat pemanas mentol berkuasa 15 watt. Ia
dapat bertahan selama tiga hari tanpa makanan dan minuman.

Biasanya anak ayam diberi makan bertih jagung yang dihancurkan dan mengambil masa enam bulan mencapai usia matang.

Ayam serama dewasa akan ditempatkan dalam reban khas yang dijaga rapi kerana kebersihan amat penting bagi proses tumbesaran dan kualiti.

Bagi mengelakkan penyakit berjangkit, ayam serama akan dimandikan dan dijemur untuk membasmi kuman.

Bagi memudahkan, ayam serama dipindahkan untuk tujuan pertunjukan dan pertandingan, kotak khas yang dihias cantik akan digunakan.

CIRI-CIRI AYAM SERAMA

Bulu, taji, balung, paruh dan lain-lain menentukan kelas ayam serama itu. Ayam-ayam serama terpilih yang sering memenangi pertandingan boleh mencapai harga puluhan ribu ringgit, bergantung pada tawaran pembeli yang mampu dan sanggup.

Ciri istimewa adalah ekornya lentik, berdada tegak dan kepak lurus ke bawah. Menjadi haiwan peliharaan kerana jinak, manja dan mengenali tuannya.

Haiwan ini mempunyai gelagat menarik seperti berjalan mengundur ke belakang.
Sejak zaman berzaman hobi menternak ayam serama semakin menjadi ‘kegilaan’ ramai.

ASAL AYAM SERAMA

Namun, tidak ramai dalam kalangan kita mengetahui bahawa serama sebenarnya berasal dari gabungan ayam katik (Japanese Bertam) + ayam hutan (Besut) + ayam kapan (Bangkok).

Keistimewaan ayam katik (Japanese Bertam) terletak pada saiznya yang kecil, namun ia adalah ayam yang kurang aktif dan bermasalah dalam pembiakan.

Manakala, ayam hutan (Besut) istimewanya terletak kepada bentuk tubuhnya yang cantik, namun kelemahannya ialah warnanya yang tidak menarik.

Manakala, ayam kapan (Bangkok) pula keistimewaannya pada warna bulunya yang kuning dan ekornya yang panjang dan tersusun cantik.

Ayam serama lebih dikenali kerana kecantikannya, ada yang membelanya hanya untuk tujuan menyertai pertandingan dan sekadar hobi.

GELAGAT AYAM SERAMA

Jika ada kamera dan limpahan cahaya lensa, ayam ini segera mengangkat dada dan meluruskan ekor tegak ke atas hingga 90 darjah serta mengibas kedua-dua kepak.

Gaya gelagat telatah ayam serama sangat digemari oleh jurufoto kerana mudah untuk mendapatkan gaya menarik dan fotogenik.

Ada juga ayam serama begitu sukar diambil gambarnya kerana seringkali berjalan menjelajahi setiap penjuru meja.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago