Categories: Covid-19NASIONAL

Atlet tukul besi Jackie Wong stabil

SIBU, 18 Mac — Atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong yang disahkan positif COVID-19 berada dalan keadaan stabil dan sihat.

Dalam kiriman di laman Facebook beliau malam tadi, Jackie berkata beliau sedang menjalani pemantauan dan rawatan lanjut di Hospital Sibu selepas muncul atlet pertama negara positif wabak COVID-19, Isnin lalu.

Beliau turut menegur netizen supaya tidak berkongsi sebarang berita yang tidak disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya juga ingin menegur di sini supaya jangan mengeluarkan atau berkongsi berita-berita yang palsu dan belum disahkan oleh KKM. Anda amat dihargai!,” katanya.

Ayahnya, Ahli Parlimen Sarikei,Wong Ling Biu disahkan positif COVID-19 sehari sebelumnya.

“Mengenai dengan ayah saya (Wong Ling Biu), keadaan beliau pada hari ini lebih baik berbanding beberapa hari lepas, meskipun masih menggunakan alat bantuan pernafasan,” katanya sambil meminta rakan-rakan Facebooknya untuk terus berdoa untuk ayah dan keluarganya.

Jackie adalah pemegang rekod kebangsaan acara baling tukul besi dengan jarak 68.22 meter.

— BERNAMA

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago