Categories: Aduan RakyatMELAKA

Atasi banjir kilat JPS akan selenggara sungai cetek di Kampung Air Hitam

TANJUNG MINYAK 18 Jun – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan Sungai Air Hitam yang cetek di kampung terbabit dalam masa terdekat.

Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan, Mohd. Rafiq Naizamohideen berkata, keadaan sungai terbabit yang cetek juga akan di dalamkan bagi mengatasi masalah banjir kilat yang sering melanda kampung terbabit.

“Kita telah pun mengadakan perjumpaan bersama JPS seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu dan jabatan terbabit akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah terbabit,” katanya.

Mohd. Rafiq yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput berkata demikian kepada media selepas melawat mangsa banjir kilat di kampung terbabit tengah hari tadi.

Hujan lebat yang berterusan selama tiga jam awal pagi tadi menyebabkan berlakunya banjir kilat akibat sungai yang cetek dan tidak mampu menampung aliran air yang banyak di samping faktor air laut pasang yang menyebabkan pergerakan air agak lambat di Kampung Ayer Hitam di sini.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago