Asam Pedas Power mengancam!

Asam Pedas Power mengancam!

SIAPA sangka juadah simbolik warisan kebanggan negeri ini telah menjadi kayu ukur Restoran Asam Pedas Power (Perigi Hang Li Poh) dalam memperkenalkan juadah warisan itu kepada pelancong di negeri ini.

Restoran yang bertapak hampir 15 tahun itu telah berjaya mencuri perhatian masyarakat malah sering menjadi bualan netizen di media sosial.

Sebut saja Asam Pedas Power sudah pasti terbayang kepala ikan merah ‘bergolek’ di dalam kemerahan kuahnya yang dipenuhi dengan rempah ratus hasil resipi warisan keluarga.

Pengusaha restoran itu, Muhammad Firdaus Abd. Aziz, 30, berkata, dia merupakan penyambung kepada warisan keluarganya yang mahu mengekalkan juadah itu di negeri warisan ini agar dikenali di persada.

Katanya yang baru sahaja membuka cawangan baharu kira-kira empat bulan lalu di Jalan Tun Sri Lanang, merupakan lokasi strategik disebabkan berdekatan dengan lokasi pelancongan utama, Melaka River Cruise malah restoran berkenaan terus menerus menerima sambutan pelanggan.

Jelasnya, sebelum ini lokasi asal sebenar merupakan sebuah kedai yang dibangunkan keluarga terletak di Jalan Perigi Hang Li Poh dan telah membuka cawangan baharu dan bakal beroperasi selama 24 jam bermula Ogos nanti.

“Pedas tapi boleh hirup, itulah keistimewaan Asam Pedas yang dijual di sini malah pelbagai menu lain termasuk Ikan Bakar Petai pun merupakan menu yang menjadi bualan pelanggan di sini.

“Kesemua resipi yang diturunkan dari arwah ibu akan saya manfaatkan malah saya bersama abang saya saja yang akan meneruskan warisan ini agar ia tidak hilang di bumi merdeka ini.

“Kesemua resipi termasuk bahan tumisan rempah sangat istimewa kerana akan dimasak semalaman bagi memastikan kesedapan kuah asam pedas dapat dikekalkan,” katanya.

Menurut Firdaus, Asam Pedas Original Melaka merupakan menu utama di restoran itu malah restorannya turut memperkenalkan Asam Pedas Campuran bagi mencipta kelainan masakan itu.

Jelasnya, Asam Pedas Campuran yang diperkenalkan itu menggunakan resipi campuran termasuk menggabungkan campuran daun kesum dan bunga kantan dan rempah ratus tersendiri telah mencetus sebuah citarasa memikat.

“Apa yang penting, kesemua makanan laut yang disediakan disini begitu segar malah kami akan pastikan bekalan di sini mencukupi sehingga sanggup ke negeri lain termasuk
Mersing, Pulau Ketam dan pelbagai negeri lain bagi mendapatkan bekalan.

“Konsep jualan yang digunakan di sini menggunakan kaedah potongan dan pelanggan boleh memilih mana-mana bahagian ikan sebelum dimasak secara terus bagi memastikan kesegaran.

“Malah harga yang ditawarkan berpatutan bagi satu hidangan sebanyak RM7 hingga RM80.

“Apabila beroperasi 24 jam nanti kami akan menyediakan pelbagai makanan lain termasuk juadah sarapan iaitu roti canai asam pedas malah menu lain juga turut ditawarkan termasuk Murtabak Singapura dan Sotong Goreng Tepung serta pelbagai juadah berasaskan makanan Thailand.

“Selain Asam Pedas dan ikan bakar yang menjadi kegemaran pelanggan, sotong goreng tepung juga menjadi sebutan di sini sehinggakan ada antara pelanggan akan memesan berkali-kali bagi mendapatkan menu sama.

“Ini juga merupakan resipi rahsia yang digunakan di dalam tepung berkenaan malah gabungan citarasa pelbagai jenis tepung dan rempah asli merupakan rahsia utama mengapa ianya dijadikan menu ‘repeat order’,” katanya.

Restoran Asam Pedas Power (Perigi Hang Li Poh) yang menjadi bualan itu mampu menempatkan kira kira 400 pelanggan dalam sesebuah masa malah menekankan aspek kebersihan di setiap penjuru restoran itu.

Bagi pelanggan di luar sana yang mahu menikmati juadah warisan kebanggan negeri Sang Kancil ini boleh melayari www.asampedaspowerhanglipoh.com atau menaip kata kunci sama di laman media sosial, Facebook.

Bagi sebarang tempahan, pelanggan boleh menghubungi 011-3947 9299 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS