Categories: Antarabangsa

AS tolak permohonan visa anggota tertinggi PLO

WASHINGTON, 14 Mei – Amerika Syarikat (AS) didakwa menolak permohonan visa yang dikemukakan seorang anggota tertinggi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), lapor agensi berita Anadolu.

“Sah!. Permohonan visa saya telah ditolak. Tiada alasan diberikan. Pilih mana-mana yang berikut: Usia saya lebih 70-an & merupakan seorang nenek, saya telah menjadi aktivis Palestin sejak akhir 1960-an; seorang penyokong penuh penentangan tanpa keganasan,” tulis Hanan Ashrawi dalam tweetnya pada Isnin.

Kesnya sama seperti yang berlaku kepada pengasas gerakan Boikot, Nyahlabur dan Sekatan, Omar Barghouti yang dihalang daripada memasuki AS.

AS mengambil beberapa langkah untuk mengasingkan rakyat Palestin, termasuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, memotong ratusan juta dolar bantuan kepada rakyat Palestin serta mengarahkan misi diplomatik PLO di Washington ditutup.

“Saya harap seseorang dapat menjelaskan perkara ini kepada cucu-cucu saya dan semua ahli keluarga saya di sana,” kata Ashrawi.- BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago