Categories: Antarabangsa

AS didakwa lancar perang kewangan, politik terhadap Palestin

RAMALLAH, 17 Jun – Perdana Menteri Palestin, Mohammad Ishtaye pada Ahad menuduh pentadbiran Amerika Syarikat (AS) melancarkan satu peperangan dari segi kewangan dan politik terhadap Pihak Berkuasa Palestin (PA), lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut kenyataan Ishtaye yang dikeluarkan selepas beliau bertemu Menteri Hal Ehwal Luar Jerman, Niels Annen di Ramallah, rakyat Palestin pada dasarnya menolak inisiatif Amerika bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

AS berhasrat membentangkan satu inisiatif damai, yang dikenali sebagai “Deal of the Century,” dalam usaha menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

PA dan beberapa puak Palestin telah mengumumkan bahawa mereka menolak inisiatif itu.

“Kami menolak ‘Deal of the Century’ selepas pentadbiran (Presiden Donald) Trump memindahkan kedutaan AS ke Baitulmaqdis dan menutup pejabat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Washington,” kata Ishtaye.

Beliau berkata,  AS dan Israel sedang melancarkan satu peperangan dari segi kewangan terhadap rakyat Palestin dan Pihak Berkuasa Palestin, terutama dalam menghentikan dana tahunan yang disalurkan kepada Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).”

Sementara itu, Ishtaye mengumumkan bahawa rakyat Palestin turut menolak bengkel ekonomi yang diterajui AS di Bahrain, yang bertajuk “Peace for Prosperity.”

“Kami tidak boleh terus-terusan menerima situasi semasa kerana Israel, yang disokong sepenuhnya oleh Amerika Syarikat, sedang mencuri tanah serta wang kami dan menjejaskan sebarang peluang untuk mewujudkan sebuah negara Palestin,” katanya.

Saeb Erekat, Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif PLO yang turut bertemu Annen, dalam satu kenyataan akhbar berkata rakyat Palestin komited dengan prinsip penyelesaian dua negara di sempada 1967 dengan Baitulmaqdis Timur diangkat sebagai ibu negaranya.

Erekat menegaskan bahawa rakyat Palestin menolak bengkel ekonomi di Bahrain yang dijadual berlangsung di Manama dari 25 hingga 26 Jun, dan menambah bahawa “bengkel itu bertujuan mengubah prinsip tanah untuk tanah kepada kedamaian dan kemakmuran.”

Di Gaza, Khalil al-Hayya, timbalan ketua pergerakan Islam Hamas, berkata pihaknya menggesa satu mogok umum diadakan di wilayah-wilayah Palestin pada 26 Jun sebagai bantahan terhadap penganjuran bengkel ekonomi di Bahrain.

Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat menggesa agar perhimpunan dan demonstrasi diadakan pada 25 dan 26 Jun juga sebagai membantah bengel ekonomi tajaan AS yang bakal berlangsung di Bahrain.- BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago