Categories: AntarabangsaSUKAN

Argentina tarik nafas lega

ARGENTINA menarik nafas lega apabila layak ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2018 selepas berjaya menewaskan pasukan Nigeria 2-1 awal pagi semalam.

Messi meletakkan Argentina di depan pada minit ke-14 tetapi lawan dari Afrika itu menyamakan kedudukan selepas Victor Moses menyempurnakan penalti pada minit ke-51. Skuad Amerika Selatan itu dilihat bergelut untuk mencari gol kemenangan pada babak kedua.

Gol kemenangan Argentina berjaya dijaringkan hasil sepakan kemas pemain pertahanan, Marcos Rojo pada minit ke-86.

Walaupun memiliki barisan penyerang yang diakui berbisa, Argentina terpaksa meletakkan harapan kepada pertahanan, Rojo untuk menghasilkan gol yang turut mendapat perhatian Messi.

“Kami tahu bahawa kami akan menang, kami yakin tuhan akan membantu kami. Kami percaya semuanya akan berubah. Tetapi kami tidak pernah membayangkan bahawa kami akan bergelut sebegini rupa.

“Apa yang penting sekarang ialah kami sudah layak ke pusingan kedua,” kata Messi.

Skuad juara dua kali itu akan menentang Perancis di kelompok 16 terakhir manakala Croatia yang layak selaku juara Kumpulan D selepas mengalahkan Iceland 2-1, akan bertemu Denmark.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago