Categories: JENAYAHMELAKA

Arak tiruan bernilai setengah juta dirampas

AYER KEROH 3 Mei- Sebanyak 4,366 botol minuman keras pelbagai jenama, dipercayai dadah tiruan dan tidak bercukai berjaya dirampas polis kontinjen Melaka dalam empat serbuan dilakukan sekitar Krubong dan Cheng, pada 30 April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, pihak polis telah membuat risikan sebulan awal sebelum serbuan dibuat di premis yang disyaki menjual minuman keras tiruan dan diseludup sekitar kawasan terbabit.

Katanya, minuman keras yang dirampas itu dipercayai diseludup masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak sah dan serbuan telah dibuat ke atas empat buah rumah di masing-masing satu di Taman Sri Krubong dan Taman Cheng Perdana, manakala dua lagi di Taman Teknologi Cheng.

Jelasnya, nilai keseluruhan rampasan bernilai RM1.5 juta dan sejumlah duti stem kastam disyaki palsu serta beberapa peralatan dan cecair dipercayai digunakan untuk memperoses minuman tiruan secara haram turut dirampas.

“Semua arak yang dirampas bernilai RM500,000 dan kita belum dapat sahkan sama ada arak-arak rampasan ini beracun atau sebaliknya.

“Jenama arak yang dirampas termasuk Mc Dowells, Louis Martin, Lychee, Seven Seas, Wlikueur Master Blend, A Class Whisky, Kapak, Thai Bull, Jameson, Johnnie Walker Gold Label Reserve, Macallan Fine Oak, Royal Club 99, Whale Point, Yallel, Noblesse, Bennington WK, Dewarts White Label dan Jack Daniels “7”,”katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selain arak dipercayai tiruan, Mohd Nor Yhazid berkata, pihaknya turut merampas satu lori jenis Mitshubishi Canter, tiga kereta masing-masing Honda CRV, Mercedez Benz dan Naza Suria serta satu pacuan empat roda Mitshubishi Triton.

“Kita berjaya menahan empat lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 24 hingga 38 tahun, selain dua lelaki warga Myanmar berusia 22 dan 39 tahun, di premis-premis terbabit.

“Dua suspek direman dua hari manakala lima lagi direman tiga hari, semuanya bermula Rabu lalu,” katanya.

Beliau berkata, kes disiast mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barang tanpa kelulusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Sabit hukuman boleh didenda lebih 20 kali ganda jumlah cukai kastam atau RM500,000 mengikut jumlah yang lebih tinggi atau dipenjara hingga lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh hubungi IPK Melaka di talian 06-2854222 atau Hotline di talian 06-2851999 atau SMS POLIS Melaka di 012-2244999.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini
Tags: PDRM

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago