Aplikasi VSP alternatif aduan jenayah

Aplikasi VSP alternatif aduan jenayah

Kini lebih mudah nak buat aduan..apa tunggu lagi, jom install!!

 

Masyarakat disaran memuat turun aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dan mendaftar sebagai ahli dalam usaha membanteras jenayah di negara ini bersama-sama pihak polis.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, VSP merupakan alternatif lain untuk membuat aduan kes jenayah kepada pihak polis dengan lebih cepat dan selamat.

Menurutnya, masyarakat boleh menghantar maklumat aduan secara terus tanpa ke balai polis dan tindakan akan segera diambil melalui pengesanan kedudukan lokasi pengguna.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian Bicara Eksekutif di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh.

Tambahnya, aplikasi tersebut turut menawarkan perkhidmatan rondaan polis ke kediaman pengguna yang pulang ke kampung terutama di musim cuti perayaan.

Setakat Januari hingga Julai 2019, lebih 3 ribu pengguna Melaka telah mendaftar sebagai ahli VSP dan kira-kira 20 ribu pendaftar dari seluruh Malaysia.

Katanya, antara aduan yang sering diterima melibatkan mat rempit, pengedaran dadah dan gangguan di tempat awam, manakala tiada sebarang aduan palsu diterima.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES