APLIKASI RESPON RAKYAT SELESAI ADUAN DALAM 15 HARI

APLIKASI RESPON RAKYAT SELESAI ADUAN DALAM 15 HARI

Semua dihujung jari…..

 

Aplikasi Respond Rakyat Melaka yang pertama dilancarkan di Malaysia menjadi saluran rasmi rakyat membuat aduan secara terus kepada kerajaan negeri.

Ia sekaligus menjadi medium menghubungkan rakyat dengan kerajaan.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, melalui kaedah itu, segala aduan akan direkodkan dan akan diselesaiakan dalam tempoh 15 hari.

Beliau berkata demikian pada Hari Bertemu Rakyat Perdana Siri 4 tahun 2019 dan Pelancaran Aplikasi Pintar Respons Rakyat Melaka di Hotel Pantai Puteri, Tg Kling.

Tambah Adly, bagaimanapun HBR masih akan diteruskan sebagia medium mendengar aduan adan pandangan rakyat menerusi pertemuan bersama.

Sehingga 31 Oktober 2019, lebih 10 ribu aduan diterima menerusi HBR, aduan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA),Whatsapp dan Facebook YAB Ketua Menteri serta Respon Rakyat dan daripada jumlah itu, sekitar 80 peratus aduan berjaya diselesaikan.

Justeru itu,  Adly berharap dengan adanya aplikasi pintar Respond Rakyat lebih banyak maklumat dapat disampaikan termasuk daripada rakyat Melaka dan pelancong, agar penambahbaikan dapat dilaksanakan.

CATEGORIES