AYER KEROH 23 April – Melaka bakal melancarkan penggunaan sebuah aplikasi kesihatan pertama sekali gus mampu membentuk masyarakat sihat di negeri ini.
Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kerajaan negeri masih lagi berbincang mengenai pelancaran aplikasi dikenali sebagai ‘Melaka Sihat’ yang mampu menjejak tahap kesihatan rakyat.
Menurutnya, perlaksanaan ini memerlukan sokongan daripada rakyat yang perlu seiring dalam membentuk kesihatan diri melalui beberapa program yang diadakan melalui aplikasi berkenaan.
“Lebih menarik, setiap individu yang menjalani program pada aplikasi berkenaan mereka akan diberikan mata ganjaran pada setiap aktiviti yang dijalankan.
“Setiap mata ganjaran yang dikumpul mampu menebus produk-produk kesihatan dan mampu memberi motivasi kepada mereka dalam menjaga kesihatan diri.
“Kerajaan negeri masih lagi berbincang dan menilai setiap perlaksanaan ini agar ianya dilaksanakan dengan sempurna selain usaha ini juga perlu dapat sokongan golongan sasar khususnya belia,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program Sembang Santai Usahawan Lang International Corporate Titans Awards dan kerajaan Melaka di Seri Bendahara, di sini sebentar tadi.
Dalam perkembangan lain, Adly berkata, program itu mampu membuka peluang pelabur-pelabur tempatan dalam memperkasa pembangunan di negeri ini.
Menurutnya, pembangunan itu seharusnya dibangunkan disebabkan terdapat beberapa tanah terbiar di beberapa lokasi seperti di Klebang serta pelbagai lagi di negeri ini.
“Ini masa yang sesuai unutk kita mulakan pembangunan dan ini juga merupakan satu aras tanda terbaik buat Melaka.
“Cadangan kita nak bangunkan balik sebab kita dah mampu cipta keyakinan pelabur tempatan dan yakin ianya mampu membawa kesan positif kepada negeri ini,” katanya.
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
Leave a Comment