Categories: HIBURANMELAKA

Apex Tajudin bawa pulang RM100,000

FINALE Mentor Milenia 2019 menyaksikan protega kepada Hazama, Apex Tajudin meraih gelaran juara program realiti TV3 itu.

Peserta dari Terengganu itu berjaya menewaskan tiga peserta iaitu Daus Husny, Aedy Kama dan Rika Riana.

Pada malam akhir itu, Apex Tajudin tampil menerusi persembahan mantap dan bertenaga menerusi lagu Merisik Khabar (solo) dan Fantasia Bulan Madu serta Langit dan Bumi (duet bersama mentor).

Kejayaan tersebut sekali gus melayakkan dia membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, trofi dan dua motosikal jenama Benelli RFS150i.

Bapa kepada seorang anak itu juga dihadiahkan video muzik untuk runut bunyi sebuah drama siaran TV3, promosi slot televisyen dan radio bernilai RM500,000.

Manakala protege Ernie Zakri, Daus Husny muncul naib juara dan membawa pulang hadiah berjumlah RM40,000 dan trofi.

Protege Aedy Kama (Black) pula mendapat tempat ketiga dan turut membawa pulang wang tunai RM20,000 dan trofi.

Sementara pemenang tempat keempat berpihak kepada Rika Riana, yang merupakan anak didik Stacy yang turut membawa pulang RM10,000 dan trofi.

Mentor Milenia akhir menampilkan Syafinaz Selamat dan Altimet selaku juri tetap dan Faizal Tahir sebagai juri undangan.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

4 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

6 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

6 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

6 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

6 months ago