Apa yang best berbasikal di Melaka? No.4 tu tenang…

Apa yang best berbasikal di Melaka? No.4 tu tenang…

Kayuh dan tenang....

NAMA pun negeri pelancongan, memang tak sah kalau tidak melawat tempat-tempat bersejarah di negeri ini. Ada yang lebih minat berjalan kaki untuk mengelilingi Bandar Melaka, maklumlah hujung minggu je pasti sesak area bandar ni, tambah pula nak kena cari parking. Tapi lebih syok jika berbasikal sambil menghidup udara segar di kawasan bandar warisan ini. Jangan risau, korang tak payah bawa basikal sendiri, boleh guna khidmat sewa basikal di Bandar Melaka, nak menarik lagi berbasikal bersama keluarga. Lebih ramai lebih meriah !!! Jom pusing Melaka naik basikal, kita lihat apa menarik…

1. Terdapat pelbagai muzium di sekitar Bandar Melaka termasuk Muzium Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.

2. Bangunan-bangunan tinggalan sejarah seperti Bangunan Stadhuys, terdapat juga gerai-gerai cenderahati di sekitarnya.

3. Boleh bergambar kenangan di Kota A’Famosa yang dikenali sebagai Kubu Melaka sewaktu dahulu.

4. Menyelusuri laluan-laluan di tepi Sungai Melaka, pada masa sama boleh singgah di kawasan yang mempunyai ‘street art’.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS