KALAU sebut saja Klebang pasti yang kita bayangkan adalah pantainya saja. Selain itu sudah tentulah Coconut Shake yang popular seantero dunia. Tapi, banyak lagi sebenarnya tarikan di Klebang ni yang mungkin kita tak perasan. Admin senaraikan apa lagi yang menarik di sini dan apa boleh dilakukan semasa berada di Klebang.
1. PADANG PASIR PANTAI KLEBANG
Salah satu daya tarikan terbaharu di sini. Ia menjadi port untuk pengantin dan pengunjung ke negeri ini merakamkan kenangan seolah-olah berada di padang pasir.
2. MUZIUM KAPAL SELAM
Terletak hanyalah 2.5 km dari Pantai Klebang, Muzium Kapal Selam adalah sebuah kapal selam sebenar yang pernah digunakan daripada tahun 2005 ke 2009.
Kapal selam jenis FS Ouessant Agosta 70 ini telah dibawa ke Melaka pada bulan November 2011 dari negara Perancis.
3. STRAITS CHINESE JEWELLERY MUSEUM
Nak dalami budaya sebenar komuniti Baba Nyonya bolehlah ke sini. Sedikit sebanyak anda akan terbuai dengan keunikan yang terdapat di muzium ini. Kalau anda peminat barangan antik, jangan lepaskan peluang datang ke sini.
Aktiviti boleh dilakukan di Pantai Klebang :
– Naik kereta kuda
– Main layang-layang
– Menunggang kuda padi
– Sewa kereta elektrik kanak-kanak
– Menunggang ATV
– Terdapat juga pasar malam uptown dibuka pada setiap malam Jumaat, Sabtu dan Ahad.
SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
Leave a Comment