Categories: NASIONAL

Anwar kesal penyokong parti hilang pertimbangan

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan kekesalannya terhadap kekecohan yang berlaku di luar ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang tadi di mana Naib Presiden Tian Chua diserang segelintir penyokong parti.

“Saya amat kesal bila di pejabat Keadilan ada penyokong hilang pertimbangan dan menyerang orang.

Kalau benar penyokong tegar mesti ada akhlak dan kawal disiplin. Jangan caci maki dan jangan fitnah kerana ia bertentangan prinsip akhlak,” katanya dalam Majlis Zikir, Selawat Nuril, di kediamannya, di sini malam semalam.

Anwar berkata penyokong tidak berhak untuk bertindak sedemikian meskipun segelintir pemimpin parti itu mempunyai pendapat berbeza.

Anwar turut menjelaskan beliau tiada pilihan tetapi menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa dan lembaga dispilin parti untuk tindakan selanjutnya.

Petang tadi, berpuluh penyokong parti yang mengamuk, menghambur kata-kata kesat termasuk ‘anjing’ dan ‘pengkhianat’ terhadap Tian Chua selain membaling botol air dan menamparnya ketika beliau hendak memasuki kenderaan.

Turut dihambur dengan kata-kata kesat ialah Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin.

— BERNAMA

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago