Anwar hadir rumah terbuka Parlimen Hang Tuah Jaya

Anwar hadir rumah terbuka Parlimen Hang Tuah Jaya

Selamat datang ke Melaka Datuk Seri

AYER KEROH 14 Jun – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfiri Parlimen Hang Tuah Jaya di Kota Fesyen Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Beliau yang hadir kira-kira jam 4 petang disambut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga Timbalan Menteri Industri Utama.

Terdahulu dalam ucapannya, Shamsul Iskandar berharap Aidilfitri yang diraikan tahun ini diserikan lagi dengan permuafakatan yang erat antara kaum di negeri ini.

Katanya, muafakat yang terjalin antara kaum juga adalah kunci kepada kemajuan dan amat penting kepada kemajuan negara.

“Kita perlu raikan Syawal ini dengan penuh perubahan dan menuntut semangat muhibbah dan muafakat.

“Kerana ia adalah kunci kepada kemajuan dan masa depan yang amat penting kepada negara,” katanya sebentar tadi.

Orang ramai mula hadir seawal jam 3 petang turut menikmat juadah Aidilfitri yang disediakan.

CATEGORIES
TAGS