Categories: EvergreenMELAKA

Antara makanan pencuci mulut ‘TOP’ di Melaka. No 2 tu memang sedap!

JIKA diselami, ia bukan saja menceritakan kesedapan air tangan pembuat pencuci mulut masyarakat Melayu ketika itu, bahkan ia menggambarkan peribadi penduduk setempat dan rahsia yang tersirat melalui makanan. Jadi, kalau semua negeri mempunyai makanan tradisi tersendiri, macam mana pula dengan pencuci mulut di Melaka, mungkin ada sudah tahu, apa pun jom tengokā€¦

1.KUIH LOPES

Merupakan antara salah satu jenis kuih tradisional Melayu Melaka. Diperbuat dari pulut yang dikukus dalam kukuh, ada yang membuatnya menggunakan periuk bertekanan. Setelah sejuk ia dipotong dan digaul dengan kelapa parut kering, fuh terliur.

2.DODOL

Yang ini kalau orang Melaka tak tahu memang jangan mengaku terus. Sangat terkenal di Melaka dan Muar dengan rasanya yang manis. Cara membuatnya agak rumit kerana memakan masa agak lama. Ia juga menjadi antara makanan kegemaran di Indonesia, Filipina, Singapura dan Sri Lanka.

3.TAPAI

PENCUCI mulut dari Melaka berasaskan beras berkanji. Ia antara makanan tradisional di seluruh Asia Tenggara dan sebahagian Asia Timur. Rasa masam dan manisnya menjadi sebab mengapa ia sering dicari penggemarnya.

4.ONDE-ONDE

ONDE-Onde atau lebih dikenali sebagai Buah Melaka adalah pencuci mulut yang tidak lagi asing. Rasa gula melaka yang cair di dalam tepung pulut atau tepung beras disaluti pula dengan kepala parut membuatkan siapa yang memakannya sukar berhenti. Awas jika anda ada kencing manis, ia mungkin kurang sesuai. Berbentuk bulat, dan mempunyai variasi warna (asalnya berwarna hijau) memudahkan ia dicari dan dikenali disebalik deretan kuih-muih yang dijual di gerai-gerai.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

9 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

11 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

11 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

11 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

11 months ago