Categories: Antarabangsa

Anggota Parti Demokrat Dewan Perwakilan AS lancar resolusi prosedur pemecatan Trump

WASHINGTON, 30 Okt – Anggota Parti Demokrat di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) melancarkan satu resolusi pada Selasa yang bakal menentukan peraturan siasatan pemecatan ke atas President Donald Trump, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Diperkenal oleh anggota Kongres Jim McGovern, yang mempengerusikan Jawatankuasa Peraturan Dewan, resolusi itu membenarkan langkah-langkah masa depan dalam siasatan itu, termasuk mengeluarkan transkrip pendengaran kepada orang awam serta menubuhkan Jawatankuasa Risikan pendengaran terbuka.

Ia turut mengkehendaki Jawatankuasa Risikan mengumumkan laporan berkaitan penemuannya meskipun dengan penyusunan bagi melindungi maklumat sulit, dan memberi kuasa kepada Jawatankuasa Kehakiman untuk memulakan prosiding pemecatan serta “menggunakan prosedur tambahan jika perlu untuk menjalankan pendengaran yang adil dan cekap yang diadakan menurut resolusi ini.”

Trump dan peguamnya juga dibenarkan mengambil bahagian dalam prosiding itu.

Ia turut menugaskan Jawatankuasa Kehakiman untuk memutuskan sama ada ingin merujuk isu pemecatan itu kepada Dewan Perwakilan yang penuh.- BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago