Ancient Galaxy hab e-sukan pertama di Melaka

Ancient Galaxy hab e-sukan pertama di Melaka

Terbaik. Apa lagi, jom serbu! Jom FIFA 'seround'...

BANDARAYA MELAKA 9 Ogos – Peminat sukan elektronik khususnya rakyat Melaka dijemput hadir ke majlis perasmian pembukaan hab Sukan Elektronik (Esports) Ancient Galaxy secara besar-besaran yang akan diadakan pada Sabtu ini bertempat di Kota Syahbandar.

Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Adly Zahari dan dihadiri Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Kerk Chee Yee

Turut diadakan cabutan bertuah dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM7,000 dan orang ramai disaran untuk hadir seawal 8.30 pagi untuk sesi pendaftaran di majlis tersebut.

Antara hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan seperti ‘Gaming Laptop’; ‘Playstation 4’; ‘E-blue Gaming Chair’; ‘Mechanical Keyboard;’Gaming Headphone’;’Gaming Mouse’ dan pelbagai hadiah misteri menanti.

Telah bermula beroperasi sejak awal Julai lalu, Ancient Galaxy merupakan hab sukan elektronik yang pertama di Melaka yang menyediakan fasiliti yang lengkap buat peminat sukan elektronik seperti surau dan bilik-bilik khas buat peminat sukan elektronik FIFA.

Hub sukan elektronik Ancient Galaxy dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Melaka Tengah (MTESA) turut menjadi pengkalan bagi melatih atlet-atlet Melaka yang akan ke Sukan Malaysia (SUKMA) di Johor tahun hadapan.

Bagi peminat sukan elektronik yang ingin merasai kenikmatan bermain sukan elektronik secara profesional, jangan lepaskan peluang hadiri pembukaan rasmi hub Esukan itu.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh layari www.facebook.com/ancientgalaxyesports atau general@ancient-galaxy.com.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS