Analisis kekalahan Malaysia kepada UAE

Analisis kekalahan Malaysia kepada UAE

Ayuh bangkit Harimau Malaya!!

KEKALAHAN 2-1 anak buah Tan Cheng Hoe kepada UAE pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 semalam perlu diatasi segera sebelum berdepan Vietnam.

Skuad kebangsaan mempamerkan aksi menarik dan berjaya memaksa UAE mencari jaringan tambahan, namun kelemahan di beberapa aspek menjadi penghalang untuk mengikat pasukan yang menduduki ranking ke-65 dunia itu.

 

SUMAREH DIBAWA KELUAR

Kehilangan Mohamadou Sumareh tampak ketara selepas beberapa serangan lebih mudah dibaca, apatah lagi gerakan ke arah pintu gol lawan tampak tumpul tanpa penyerang prolifik itu.

Bermain di tempat sendiri sepatutnya menjadi medan buat skuad negara sekurang-kurangnya mencalarkan imej UAE yang memegang rekod pertemuan dengan 12 kemenangan kepada 1 kekalahan.

 

STAMINA PERLU DIPERTINGKAT

Namun, apa yang terjadi perlu diatasi kerana masih terdapat lompong yang masih jelas kelihatan.

Masalah stamina sepanjang perlawanan kekal menjadi pertanyaan, ia dapat dilihat pada minit-minit akhir.

Dengan masa tambahan yang menjadi penentu, anak buah Tan Cheng Hoe tampak keletihan selepas menunjukkan corak permainan pantas dirangka bagi mengatasi kelebihan fizikal yang dimiliki pasukan pelawat.

 

KEALPAAN BARISAN PERTAHANAN

Ketika skuad negara membawa corak perlawanan berintensiti tinggi, kelemahan pastinya tertumpu di bahagian belakang, selepas segala kekuatan ditumpukan kepada bahagian hadapan.

Dan ia terbukti menerusi jaringan kedua pasukan menerusi Ali Mabkhout pada minit ke-75 dengan bola hantaran rakan pelawat melewati Adam Nor Azlin.


SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES