Anak ugut ibu didakwa

Anak ugut ibu didakwa

Syurga di bawah tapak kaki ibu tau..

AYER KEROH 8 Okt- Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas tuduhan mengugut ibunya awal Julai lalu.

Tertuduh yang berusia 24 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mohammad Nazrin Ali Rahim sejurus selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan tersebut pada kira-kira jam 11.40 pagi di hadapan pos pengawal Sekolah Kebangsaan (SK) Tambak Paya, Tiang Dua, 2 Julai lalu.

Tertuduh melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah dengan kata-kata ugutan “kalau kau tak bagi duit yang aku nak tu, aku ambil pisau aku bunuh kau” kepada ibunya.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atau penjara sehingga tujuh atau kedua-duanya sekali.

Prosiding pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Asisten Supritendan Nora Yaacob bagaimanapun mencadangkan tertuduh diikat jamin RM 5,000 dengan seorang penjamin.

Namun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman keatasanya dikurangkan atas alasan tidak mempunyai wang dan tidak bekerja.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak Majistret kemudian memerintahkan tertuduh membayar jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh telah membayar jaminan tersebut dan Kes akan disebut semula pada 27 November depan.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES