Categories: MELAKA

Ambulans terbakar selepas pindah pesakit ke wad

MELAKA, 13 Ogos – Sebuah ambulans terbakar di bahagian enjin selepas seminit selesai memindahkan seorang pesakit dari Unit Kecemasan ke Wad E Hospital Melaka pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Melaka, Soon Wee Kiang berkata dalam kejadian kira-kira 8.11 pagi itu, pemandu ambulans tersebut cuba memadamkan kebakaran apabila menyedari bahagian hadapan kenderaan berasap dan terbakar.

“Pemandu terbabit bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api dan gelung hos yang terletak berhampiran sehingga pasukan bomba sampai.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan operasi memadam kebakaran berjaya diselesaikan kira-kira 8.29 pagi dengan bantuan 16 anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran di Hospital Melaka seperti yang tular di media sosial hari ini.

“Untuk makluman semua, setakat hari ini JBP Melaka hanya menerima satu panggilan iaitu kebakaran ambulans pada pagi tadi sahaja,” katanya.-BERNAMA

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago