Ambil DNA babi hutan kesan Brucellosis

Ambil DNA babi hutan kesan Brucellosis

Serah kepada Jabatan Veterinar untuk jalankan kajian...

PULAU BESAR 8 Nov. – Jabatan Vaterinar Melaka mengambil sampel organ dan darah beberapa babi hutan bagi mengesan penyakit Brucellosis atau Virus Nipah yang dikatakan berpunca daripada haiwan liar itu.

Pengarahnya, Dr. Aidi Mohamad berkata, setakat ini, beberapa tempat tumpuan babi hutan dalam negeri ini telah diambil sampel bagi menjalankan kajian berhubung penyakit itu.

Katanya, pengambilan sampel darah dan organ bagi mendapatkan sampel Ujian Asid Deoksirbonukleik (DNA) sekali gus bagi mengenal pasti jenis spesis dan kajian penyakit haiwan liar itu.

“Di Pulau Besar ini yang pertama kali diambil DNA babi hutan, namun di beberapa lokasi tumpuan, telah diambil DNA dan setakat ini tiada penyakit berbahaya dikesan.

“Kita juga ambil sampel DNA babi hutan ini untuk mengesan adakah babi hutan di Malaysia khususnya di Melaka terlibat dengan African Swine Fever,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Sidang Media Operasi Kawalan Basmi Babi Hutan Konflik di Pulau Besar.

Hadir sama, Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Melaka Datuk Norhizam Hassan Baktee Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Melaka Mohd Hasdi Husin.

CATEGORIES